Sinopsis Drama Jodohku Babysitter, Intan Najuwa ft Aliff Aziz

Jodohku Babysitter\
Drama ini merupakan drama adaptasi novel Jodohku Babysitter karya Nureen Ahmad menampilkan lakonan Alif Aziz dan Intan Najuwa akan ditayangkan di Astro Ria.

Jodohku Babysitter

Jumlah Episod: 20
Tarikh Tayangan: 2022
Waktu Siaran:  Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: MegaDrama Astro Ria
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Juita Viden Sdn Bhd
Pelakon: Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Nina Juren, Isaac Iman, Tayha Nazira
Watak Pelakon
  • Aliff Aziz sebagai Adam Farhan
  • Intan Najuwa sebagai Adelia Faranisa

Sinopsis Jodohku Babysitter

Kisah tentang Adam duda anak tiga setelah bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri. Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan perempuan lain tetapi kehadiran Adel yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka dihati Adam dan anak-anaknya.
Cinta pandang pertama? Karut!
Bagi Adam untuk jatuh cinta buat kali kedua itu sangat mustahil. Namun, tak siapa menduga, Adam akan terpaut hati pada babysitter anak-anaknya sendiri. Babysitter tomboy pula tu. Limited editoin!
“Walaweh, ni rumah ke zoo?” – Adel
“What? Zoo? Amboi baru mula kerja dah nak membawang?” – Adam
Adel benci bila sering dibuli oleh Adam. Hendak melawan lebih-lebih, bimbang dipecat pula. Penat sudah untuk dia bertukar ganti kerja. Akhirnya, Adel terpaksa merelakan saja sikap sewel Adam itu.
“Garangnya bibik. awak tertelan sarang terbuan ke apa ni? Marah sangat.” – Adam
“Encik ni memanglah, wayar putus.” – Adel
Kuasa Allah tiada siapa dapat menyangkal. Daripada perasaan benci, kini perasaan itu berbalik menjadi cinta. Dalam mereka menghintung hari untuk disatukan, Adel mula curiga dengan perubahan Adam. Namun, Adam pantas memujuk. Membuatkan hati Adel kembali sejuk.
Mahligai yang terbina, awalnya sangat membahagiakan. Sehinggalah ‘satu rahsia’ yang menjadi tanda tanya dan titik permulaan curiga Adel terhadap Adam.
credit to myinfoataip.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top