Sinopsis Drama Hati Tercarik Luka, tv3

hati tercarik luka
Merupakan adaptasi dari novel Hati Tercarik Luka karya Aida Asmida akan datang di slot Samarinda TV3. Drama terbitan Creative Skill Solution dibawah arahan Emi Suffian dan skrip oleh Nieza Nahar.Drama ini menampilkan pelakon Senior Zara Zya, muka baru Syarul Ezani dan Ryun Ryry sebagai teraju utama
Saksikan Hati Tercarik Luka disiarkan bermula 21 Disember 2023, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di TV3 dan juga strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Hati Tercarik Luka

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 21 Disember 2023
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Bayang-Bayang Sayang
Artis: Suara
Komposer & Lirik: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K
Watak Pelakon
  • Zara Zya sebagai Eyda Amanda
  • Syarul Ezani sebagai Dani Zairie
  • Ryun Ryry sebagai Maya Maria
  • Halim Radzi sebagai Mazli
  • Fizo Omar sebagai Rykal
  • Mia Nasir sebagai Anies
  • Jasmin Hamid sebagai Puan Safina
  • Aleza Shadan sebagai Hajah Ummi
  • Haeriyanto Hassan

Sinopsis Hati Tercarik Luka

Rumah tangga Dani Zairie (Syarul Ezani) dengan Eyda Amanda (Zarazya)  pada mulanya bahagia dengan kurniaan seorang anak perempuan, Farra. Dani Zairie dan Eyda Amanda bagaikan lambang pasangan yang bahagia. Perkahwinan mereka berdua dijodohkan oleh Puan Safina (Jasmin Hamid), ibu kepada Dani.
Walaupun Eyda turut bekerja, dia tidak lupa tentang peranan dan tanggung jawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Eyda selalu alpa yang dia perlu dahulukan suami dan anaknya. Dani pula menjadi suami yang memahami dan turut ringan tulang untuk membantu melakukan kerja rumah.
Namun, Puan Safina sering masuk campur dalam rumah tangga anaknya sehingga merunsingkan Eyda. Puan Safina menganggap Eyda mahu menjadi ‘Queen Control’. Puan Safina turut memberikan tekanan kepada Eyda untuk mendapatkan anak lagi, khususnya cucu lelaki memandangkan Farra sudah pun berumur 5 tahun.
Tidak lama kemudian, Dani dan Eyda menerima khabar gembira apabila Eyda disahkan mengandung lagi. Puan Safina sungguh teruja dan mengharapkan kandungan kali ini ialah bayi lelaki. Pada masa yang sama, Eyda mula perasan Dani telah berubah tetapi Dani pandai berkata-kata untuk menenangkan Eyda. Eyda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani akan kekal selagi hayatnya. Namun, konflik mula membelenggu kehidupan mereka berdua dengan kehadiran Maya Maria (Ryun Ryry).
Rupa-rupanya dalam diam, Dani ada skandal dengan pembantu peribadinya, Maya yang masih berstatus isteri kepada Mazli (Halim Radzi). Maya menagih kasih daripada Dani kerana Mazli bekerja berjauhan dan lebih pentingkan keluarga sendiri berbanding Maya. Demi memiliki Dani, Maya berani melawan dengan suaminya malah Maya sanggup menggunakan ilmu hitam untuk merampas Dani.
Apakah yang akan berlaku seterusnya? Mampukah Eyda Amanda menyelamatkan rumah tangganya?

Sinopsis Novel Hati Tercarik Luka.

Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, akhirnya mahligai bahagia terbina jua. Eyda Amanda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani Zairie akan kekal abadi selagi hayatnya. Namun sayang, cinta sucinya dikhianati. Badai melanda lantaran kehadiran orang ketiga.
Dani Zairie tidak pernah berubah. Jejaka macho dengan trademark playboy ini mudah hanyut dalam pujuk rayu perempuan-perempuan yang menggilainya. Sehingga akhirnya, Eyda Amanda terpaksa mempertaruhkan nyawa hidup di sisi Dani Zairie. Lantaran amalan ilmu hitam, perempuan sihir yang terlalu obses untuk memiliki Dani Zairie separuh nyawa.
“Ingat Eyda! Sekali kau melangkah pergi. Akan aku pastikan kau kembali melutut ke pangkuanku lagi! Aku bersumpah tujuh keturunan kau tak akan hidup senang!” – Dani Zairie
“Demi ALLAH! Dunia akhirat aku akan menunggu setiap detik dan waktu saat pembalasan dan pengadilan ALLAH terhadap kau, Dani. Biarpun aku tidak mampu membalas dengan kudratku atas segala kekejaman dan kezaliman kau. Namun, aku pasrah dan berserah serta yakin bahawa suatu saat dan ketika, pasti balasan ALLAH akan kau terima di dunia atau di akhirat nanti!” – Eyda Amanda
“Hei perempuan! Kau dengar sini baik-baik! Kau menangis air mata darah sekalipun, kau takkan dapat balik laki kau! Ha! Ha! Ha!” – Maya Maria
Pengorbanan cinta Eyda Amanda hanya sia-sia. Percintaan yang tiada penghujungnya. Lantaran perbuatan durjana syaitan bertopengkan manusia. Permainan cinta dan kecurangan Dani Zairie akhirnya mencetuskan derita dan sengsara buat Eyda Amanda.
Di mana noktah kehidupan yang harus Eyda Amanda tempuhi? Mampukah Eyda Amanda mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Dani Zairie? Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top