Sinopsis drama halalkan hati yang kucuri

halalkan hati yang kucuri,

Sinopsis drama halalkan hati yang kucuri .

Menggantikan drama cinta fatamorgana yang dah habis pun semalam.
Drama slot akasia: HALALKAN HATI YANG KUCURI
Jumlah Episod : 27
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi
PENULIS NOVEL : Mia Kiff
PENGARAH : Hashim Rejab

SENARAI PELAKON DAN WATAK.  
  • Aliff Aziz- Faiq
  • Farah Nabilah – Delisha
  • Shah Iskandar – Zainal
  • Mimi Lana – Salima
  • Normah Damanhuri – Nenda Rosnah
  • Jasmin Hamid – Dalina
  • Afique Hussain -Ustaz Azali
  • Azhan Rani -Abang Ali

LAGU TEMA / OST 
Siti Sarah – Semakin

SINOPSIS HALALKAN HATI YANG KUCURI. 
Faiq (alif aziz)  dan Delisha (farah nabila) , pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah.
Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit simpanan semakin tinggal sikit dan akhirnya habis.Kemudian hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai.
Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.
“You tahu tak, kata Kak Joyah, I cuci tandas berganda bersih daripada cleaner sebelum ni. Bayangkan habis sebotol besar sabun dia I guna, sampai dia kata ni bukan tandas tapi kedai jual perfume.” – Delisha.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?

“Abang tak mahu janjikan sayang bulan dan bintang, cukuplah kita sentiasa bersama di bawah cahayanya. Kalau abang tak mampu jadi pelita atau lampu yang menerangi hidup sayang sekalipun, cukuplah abang menjadi kunang-kunang yang menemani sayang dalam kegelapan…”- Faiq.

“Jika tepat pada masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta akan menjadi kuasa luar biasa yang tiada tandingannya… Dan Isha bersyukur sangat, abang adalah orangnya…”- Delisha.

credit to zikrihusaini.com 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top