Sinopsis Drama From Saga With Love

from saga with love
 

Siri terbaharu Viu Original ‘From Saga With Love’ akan menemui anda bermula 21 September 2023, dengan 2 episod baru setiap hari Khamis. Drama bergenre romantik komedi ini diarahkan oleh Umi Salwana Omar, dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry. Muat turun aplikasi Viu secara percuma di App Store dan Google Play.

From Saga With Love

Jumlah Episod : 10
Tarikh Tayangan di Viu : 21 September 2023
Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Hadi M. Nor
Pengarah: Umie Salwana Omar
Produksi: Red Communications Sdn Bhd
Pelakon dan Watak. 
  • Siti Khadijah Halim sebagai Karma
  • Sophia AlBarakbah sebagai Bianca
  • Fimie Don sebagai Bob
  • Ikmal Amry sebagai Sham
  • Vanidah Imran sebagai Kathy
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Rozita
  • Zulin Aziz sebagai Suhaila
  • Sharifah Amani sebagai Fadhila
  • Zoey Rahman sebagai Zairin
  • Tiara Anchant sebagai Daisy
  • Alvin Wong sebagai Mr Wong
  • Fahmy Reza sebagai Abang Lan
  • Farid Azmer sebagai E-Hailing Driver

Sinopsis From Saga With Love.

Mengisahkan tentang Karma (Siti Khadijah) , seorang influencer yang menipu untuk menjadi pembantu peribadi serta jurubahasa bagi pelakon terkenal, Bianca Rozario (Sophia) semasa lawatannya di Saga, Jepun. Pelbagai usaha dan rancangan dilakukan oleh Karma agar rahsia berkaitan penipuannya terhadap Bianca tidak terbongkar.
Karma yang terikat dengan misi rahsia oleh Ibu Bianca serta impiannya ingin menjadi influencer terkenal membuat dia tetap meneruskan walaupun diganggu dengan kehadiran juruvideo Bianca, Bob serta seorang jejaka pendiam, Sham yang menambah masalah dan huru-hara kejadian di Saga.
Dapatkah Karma menyelesaikan tugas dengan berjaya atau rahsianya terbongkar? Adakah Bob serta Sham mempunyai perasaan hati terhadap Bianca?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top