Sinopsis drama budak magik tv3

budak magik, poster budak magikLayan jugak nih drama aksi untuk post kali ini. Sebuah drama terbitan Padi Pictures Sdn Bhd arahan Hafiez Othman. Antara pelakon terlibat seperti Firdaus Ghufran, Ryan Elnisa Husni, Syamim Razi, Caya Syahhira, Aida Ruyati, Ana Dahlia, Nizen Ayob dan ramai lagi. Bersiaran mulai 18 Julai 2016, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam di TV3.

JUDUL : BUDAK MAGIK
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 18 Julai 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Aksi TV3
PENGARAH : Muhammad Hafiez Othman
TERBITAN : Padi Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Firdaus Ghufran, Ryan Elnisa Husni, Syamim Razi, Caya Syahhira, Aida Ruyati, Ana Dahlia, Nizen Ayob, Cico Harahap, Kamarool Haji Yusoff, Sudin Sario, Hairul Aziz

WATAK PELAKON
Firdaus Ghufran sebagai Imran
Elnisa Husni sebagai Myra
Syamim Razi sebagai Haikal
Caya Syahhira sebagai Zarra
Kamarul Hj Yusuf sebagai Ahriman
Aida Ruyati sebagai Nek Wan
Ana Dahlia sebagai Suraya
Nizen Ayob sebagai Johan
Cico Harahap sebagai Cikgu Razib / Raqib
Sudin Sario sebagai Salim
Hairul Azi sebagai Sood

LAGU TEMA / OST BUDAK MAGIK
Lagu : Panik
Penyanyi : Bunkface
SINOPSIS BUDAK MAGIK
Budak Magik menceritakan tentang 4 orang budak sekolah yang mendapat kuasa luar biasa akibat terkena hujan. Pada mulanya mereka menganggap kuasa yang dimiliki adalah elemen paranormal yang menakutkan. Namun Imran, Myra, Haikal dan Zara cuba menyesuaikan diri dengan kuasa yang mereka miliki. Mereka kemudiannya menyedari kelebihan yang mereka miliki itu perlu dikawal sebaiknya dan digunakan untuk tujuan kebaikan.

Imran seorang budak yang kuat berimaginasi. Dia sering membayangkan sesuatu yang adventure. Imran meminati magik. Dia juga sering bermimpi dua orang magician berlawan dnegan kuasa magik masing-masing. Dia juga bermimpi mengenai sebuah buku lama. (CGI EFX) Imran bergaduh di sekolahnya kerana rakan sekolahnya sering memperlekehkan kebolehan magiknya. Imran diberi amaran oleh ayahnya, Johan supaya tidak bergaduh lagi atau dia akan dihantar pulang ke kampung. Imran kemudian mengikuti lawatan sekolah ke muzium. Sekali lagi terjadi perselisihan faham antara dia dan rakan sekelas lalu akhirnya mereka bergaduh. Johan tiada pilihan melainkan menghantar Imran pulang ke kampung. Imran tidak suka kehidupan barunya di kampung lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu Myra turut tinggal bersama neneknya, Wan. Ibubapa Myra telah bercerai dan bila ibunya mendapat kerja di Kuala Lumpur, Myra ditinggalkan bersama Wan.

Myra cuba mencari sebab kenapa Imran bergaduh ketika di sekolah lamanya. Imran pula sudah tidak mahu lagi bercerita tentang hal itu. Imran kemudian terjumpa sebuah buku lama bertajuk Budak Magik di dalam rumah stor ketika mencari dawai untuk membaiki ampaian baju. Pada mulanya Imran mahu berkongsi penemuan buku itu dengan Myra namun dia membatalkan niatnya setelah membaca introduksi buku tersebut. Antara kandungan intro tersebut adalah “seseorang yang percaya kepada keajaiban akan melihat jauh dari kebenaran”. Imran lalu membawa buku itu pergi ke sebuah pondok di tengah sawah lalu mula membaca buku itu. Buku itu mengeluarkan cahaya (glowing effect) ketika Imran mula membaca babak 1. Buku itu membawa Imran mengenali Haikal yang mana sebelum ini Imran tidak mahu ada kaitan dengan masalah Haikal dibuli oleh budak-budak nakal. Imran mula senang dengan Haikal. Haikal adalah seorang yang peramah walaupun terlalu banyak bercakap.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top