Sinopsis Drama 7 hari mencintaiku 3 2022

7 HARI MENCINTAIKU
Adakah drama ini mampu untuk naik trending seperti 1 dan no2. Adakah jalan cerita dia sama sahaja macam season 1 dan 2. Nantikan drama 7 Hari Mencintaiku 3 karya Siti Rosmizah di slot Akasia TV3 bermula 16 April, setiap hari pukul 6.58 petang. Drama 35 episod arahan Jamal Khan, dibintangi Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wafariena Roslan, Reen Rahim, dan Syazwan Zulkifly

7 Hari Mencintaiku 3

Jumlah Episod: 35
Tarikh Mula Siaran: 16 April 2022
Waktu Siaran (Setiap hari): Isnin-Ahad, 6:58 petang
Slot: Akasia TV3
Skrip: Siti Rosmizah
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: SR One Sdn Bhd

Pelakon dan Watak. 
  • Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
  • Siti Saleha sebagai Mia Adriana
  • Kazar Saisi sebagai Pak Samad
  • Liza Abdullah sebagai Mak Leha
  • Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
  • Wan Sharmila sebagai Sofi
  • Jaja Iliyes sebagai Nadia
  • Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
  • Bil Azali sebagai Zaidi
  • Faye Kusairi sebagai Syakila
  • Jasmin Hamid sebagai Zarina
  • Anne Abdullah sebagai Mak Andak
  • Nur Dhia Irdina sebagai Alisa
  • Shaharuddin Thamby sebagai Dato Johari
  • Sean Lee sebagai Dr Adam
  • Reen Rahim sebagai Fatin Husna
  • PU Azman sebagai Taufik
  • Azza Elite sebagai Kak Piah
  • Dayang Areeda sebagai Maimunah
  • Ezad Lazim sebagai Husin
  • Razman Mahayuddin sebagai Burhan
  • Silfeny Osman sebagai Azura
Lagu Tema (OST)
Lagu: Kaulah Syurga
Penyanyi: Khai Bahar & Lia Aziz
Komposer : Asfan shah
Penulis Lirik : Siti Rosmizah

Sinopsis 7 Hari Mencintaiku 3.

 

Ujian baru dalam berumah tangga ada pasang surutnya. Dalam 7 hari mencintaiku 3 kali ini rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia rasa orang yang tak berguna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak mereka.

PAK SAMAD , SAKIT PERLU MEMBUAT PEMBEDAHAN.

Pada masa yang sama, Pak Samad sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakannya daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari. Apa maksud pak samad suruh mereka berdua ini 7 hari mencintaiku itu? tersurat dan tersiratnya.

nantikanya dah tak lama lagi nih..
credit to myinfoataip.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top