Sinopsis cari aku di syurga Aeril Zafril ft Jannah Nick

cari aku di syurga,

Anas dan Lisa merupakan pasangan kekasih yang saling mencintai di antara satu sama lain walaupun mereka datang daripada dua latar belakang yang sangat berbeza. Ibu Lisa menentang hubungan mereka kerana merasakan Anaz tidak setaraf dengan mereka dan mahu menjodohkannya dengan Ariff. Lisa nekad melarikan diri dari rumah dan terus bernikah dengan Anas.

Perkahwinan mereka tidak kekal lama, apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri, Lisa terus meminta cerai dari Anas kerana ingin kembali kepada kehidupan lamanya yang lebih jauh selesa.

Anas berkahwin dengan Mira.

Anas terus membesarkan Suri bersama isteri barunya, Mira. Mira tak jadi kahwin dengan cikgu yang 6 tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Ariff kembali menuntut hak penjagaan ke atas Suri. Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan ganguan kepada daya ingatannya. Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas yang tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya.

Cari aku di Syurga Aeril Zafril dan Jannah Nick. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top