Sinopsis Boboiboy 2 the Movie 2019

boboiboy2

KUALA LUMPUR: Filem animasi, Boboiboy Movie 2 (BBBM2) meraih kutipan RM27.7juta sepanjang 26 hari tayangan, sekali gus melakar sejarah sebagai produksi animasi tempatan paling laris.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios yang juga pengarah BBBM2, Nizam Abdul Razak, berkata mereka begitu teruja dengan pencapaian produksi itu yang memecah rekod kutipan tertinggi untuk filem animasi tempatan.

Kejayaan itu juga katanya, secara tidak langsung membuktikan hasil usaha mereka merangka siri promosi dan pemasaran memberikan impak yang sangat positif. 

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton pelbagai bangsa dan lapisan umur yang menyokong BBBM2.

“Penerimaan positif ini memperlihatkan perkembangan yang sangat baik kepada industri filem tempatan, sekali gus membuktikan produksi animasi kita mampu bersaing dengan filem antarabangsa.

“Ternyata rangka promosi dan pemasaran yang dibuat memberi kesan yang maksimum terhadap hasil kutipan BBBM2,” katanya.

Ditayangkan sejak 8 Ogos lalu, BBBM2 masih memberi persaingan sengit apabila kekal dalam carta Top 5 kutipan mingguan pawagam.

BoBoiBoy dan kawan-kawan Yaya, Ying, Gopal dan Fang ialah remaja berusia 15 tahun yang semuanya mempunyai kuasa unik yang berbeza. BoBoiBoy memperoleh tujuh kuasa elemental: tanah, petir, angin, api, air, daun dan cahaya. Power Sphera pula ialah robot yang juga berkuasa dan pelindung galaksi. Mereka kini mengembara galaksi dalam kapal angkasa untuk menyelamatkan Power-power Sphera yang dikawal oleh pihak jahat.

Dalam filem ini, BoBoiBoy dan kawan-kawan sedang diburu oleh seorang makhluk purba, Retak’ka yang ingin merampas Kuasa Elemental BoBoiBoy. Retak’ka ialah pengguna asal Kuasa Elemental yang sekarang miliki BoBoiBoy. Untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi, dia berniat mengambih alih kuasa itu. BoBoiBoy dan kawan-kawan kini perlu berlawan untuk menewaskan Retak’ka sebelum kuasa itu jatuh ke tangan yang salah.

READ
Tonton online hantu kak limah3 (HKL) 2018

Sinopsis Boboiboy2.

Kali ini BoBoiBoy menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. Dia dan rakan-rakannya perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.

Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris / Cina
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 8 Ogos 2019
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 50 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Nur Fathiah Diaz, Fadzli Mohd Rawi, Dzubir Mohammed Zakaria, Wong Wai Kay, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid, Yap Ee Jean
Pengarah: Nizam Abdul Razak
Format: 2D

 

Pelakon suara

  • Nur Fathiah Diaz sebagai BoBoiBoy
  • Fadzli Mohd Rawi sebagai Retak’ka
  • Wong Pak Lin sebagai Hang Kasa
  • Dzubir Mohammed Zakaria sebagai Gopal
  • Nizam Razak sebagai Papa Zola
  • Ieesya Isandra sebagai Pipi Zola
  • Nur Sarah Alisya sebagai Yaya
  • Yap Ee Jean sebagai Ying
  • Wong Wai Kay sebagai Fang
  • Anas Abdul Aziz sebagai Cici Ko, Adu Du, Probe, Tok Aba dan Pakcik Kumar
  • Muhammad Abdurrahman Solahuddin sebagai Ochobot
  • Hazwani Hamizah Mahayuddin sebagai Ayu Yu
  • Nur Iman Andaliz sebagai Tarung

Penerbitan

Pengarah Nizam Razak berkata proses pembikinan untuk filem kedua ini lebih pantas daripada filem pertama dan hanya mengambil masa setahun untuk disiapkan. Mereka menetapkan had masa 12 bulan untuk melihat jika mereka boleh membuat filem tanpa menjejaskan kualiti atau jalan cerita animasi tersebut.Beliau mengaku terdapat tekanan untuk menyiapkan filem ini tepat pada masanya tetapi pasukan produksi beliau yang terdiri daripada 100 orang berjaya melakukannya mengikut masa yang ditetapkan. Mereka menggunakan teknologi yang lebih baik seperti Redshift dan kaedah simulasi menyeluruh walaupun kosnya akan menjadi lebih tinggi untuk memberikan kualiti terbaik kepada penonton. Jika reaksi kepada filem ini adalah positif, mereka bercadang untuk menghasilkan filem secara konsisten, dengan filem baharu dikeluarkan setiap tahun atau setiap setahun setengah.

READ
Trailer Berani punya Budak filem afdlin Shauki 2011

Muzik

Rencana utama:

Lagu rasmi filem ini dicipta dan dinyanyikan oleh Faizal Tahir setelah beliau telah ditawarkan untuk menyanyikan lagu tersebut daripada Animonsta Studios. Beliau menggambarkan peluang menyanyikan lagu tema filem ini sebagai platform mendekati peminat muda.Video lirik rasminya telah dikeluarkan pada 27 Jun 2019, dan video muzik secara rasminya telah dikeluarkan di YouTube pada 26 Julai 2019. Lagu ini dikeluarkan di iTunes pada 2 Ogos 2019, beserta semua lagu dalam albumnya yang terkini dan terakhir, Rojak.

Keluaran

Sebelum BoBoiBoy: The Movie dikeluarkan pada tahun 2016, Nizam Razak menyatakan bahawa mereka telahpun mempunyai idea mereka untuk filem kedua.Teaser rasmi pertama untuk filem ini telah dikeluarkan pada 8 Mac 2019.

Pada 10 Mei 2019, Monsta memuat naik video pengumuman tarikh tayangan untuk pawagam Malaysia, iaitu pada 8 Ogos 2019. Ia kemudian didedahkan bahawa 4 lagi negara juga mempunyai tarikh tayangan yang sama. Monsta menyiarkan treler rasmi untuk filem ini pada 25 Jun 2019.

Ini akan menjadi filem Malaysia pertama yang dikeluarkan serentak di 5 negara termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Vietnam. Bagaimanapun, penayangan Vietnam ditangguh hingga 30 Ogos untuk membuat alih suara versi penuh Vietnam telah ditayangkan di Vietnam. Ia akan ditayangkan di lebih 500 pawagam yang terdiri daripada lebih 144 pawagam di Malaysia, 8 pawagam di Singapura, 4 pawagam di Brunei, 150 pawagam di Indonesia dan 120 pawagam di Vietnam. Buat masa ini, terdapat permintaan dari Thailand dan Filipina tetapi tiada pengumuman dibuat setakat ini. Monsta juga menyasarkan pasaran Korea Selatan, India dan China untuk tayangan akan datang.

Filem ini bersama-sama dengan Sangkar dan M for Malaysia telah mengungguli carta Top 10 Pilihan Penonton Golden Screen Cinemas, di mana BoBoiBoy Movie 2 menduduki tangga ke-6, sementara Sangkar berada di tangga ke-3 dan M for Malaysia berada di tangga ke-7.

READ
Tonton online Mael totey the Movie full

Sambutan

Monsta mensasarkan untuk mengumpul lebih banyak daripada kutipan filem pertama (RM20 juta) memandangkan jumlah tayangan lebih tinggi. Filem ini telah meraih RM 1.18 juta pada hari pertama, kutipan pembukaan tertinggi bagi filem animasi tempatan. Filem ini telah meraih kutipan memecah RM 15.8 juta selepas 8 hari tayangan. Kutipan ini berjaya memecah rekod filem BoBoiBoy The Movie yang pertama. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah menerima terhadap filem animasi tempatan sebagai filem animasi No.1 negara dan secara umumnya. Dalam tempoh 18 hari, BoBoiBoy Movie 2 telah mengumpul RM 25 juta dalam tempoh tiga minggu sekali gus menjadi filem tempat ketiga paling tinggi di Malaysia, mengatasi filem aksi tahun lalu Polis Evo 2 yang membawa pulang sebanyak RM20 juta. Ia telah mengalahkan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal secara rasmi sebagai filem animasi paling laris di Malaysia, mengalahkan semua filem animasi tempatan dan antarabangsa dengan mengutip sebanyak RM27.7 juta selepas 26 hari.

Dalam 70 hari, BoBoiBoy Movie 2 berjaya mencapai kutipan sebanyak RM30 Juta di Malaysia, Brunei, Singapura dan Vietnam dengan kutipan sebanyak RM29.60 juta di dalam Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: