Sinopsis baju berkancing peniti tv3

baju berkancing peniti, sinopsis penuh baju berkancing peniti,
Minggu ini cerekarama tv3 pukul 9, jom nanti kita saksikan telefilem Baju Berkancing Peniti di slot Cerekarama TV3. Sebuah telefilem berkisarkan kisah cinta sejati diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin terbitan Country & Universal Sdn Bhd. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, Normah Damanhuri, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nabila Huda dan ramai lagi.
JUDUL : BAJU BERKANCING PENITI
TARIKH / MASA : Sabtu, 30 Julai 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Country & Universal Sdn. Bhd
Senarai pelakon.

Datuk Rahim Razali, Normah Damanhuri, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nabila Huda, Hafeez Mikail, Aisya Hasna, Amirul Faqeem DFKL, Nur Risteena
 
SINOPSIS BAJU BERKANCING PENITI.
Mengisahkan Usup (Datuk Rahim Razali) dan Cik Om (Normah Damanhuri), pasangan yang saling mencintai umpama belangkas yang tidak dapat dipisahkan meskipun sudah mencecah usia 65 tahun, Perasaan cinta mereka tidak pernah pudar. Bagi Usup, Cik Om tetap kelihatan jelita walaupun sudah berusia dan kuat berleter. Cik Om pula pasti akan merindui Usup ketika mereka berjauhan.

Setiap kali Usup demam atau cuma pening kepala, Cik Om akan berasa amat susah hati dan memberitahu Usup supaya ‘jangan mati dahulu’ kerana dia tidak berani untuk membayangkan bagaimana hendak meneruskan hidup tanpa Usup di sisinya. Begitu juga dengan Usup. Segala urusan hidupnya dari segi makan, minum dan pakaian memang sudah biasa diuruskan oleh Cik Om. Malah, dia hanya akan memakai baju-baju yang dijahit isterinya.
Kehidupannya mulai berubah apabila Cik Om meninggal dunia ketika sedang menjahit pakaian untuknya. Baju kemeja yang telah siap dijahit tanpa butang itu menjadi kenangan terakhir bagi Usup terhadap isteri kesayangannya itu. Selepas kematian isterinya Cik Om, Usup tinggal bersendirian di rumah pusaka itu kerana banyak kenangan bersama isterinya di situ. Usup berat hati untuk berjauhan dengan kubur isterinya walaupun anak-anaknya menyuarakan pendapat agar Usup menjual sahaja rumahnya itu.
Akhirnya Usup berpindah ke Kuala Lumpur atas pujukan anak-anaknya yang risau tentang keadaannya yang tinggal berseorangan di rumah. Setelah duduk bersama dengan anak-anaknya, satu kejadian telah berlaku di rumah anak perempuannya, Arba’yah. Usop merasakan dirinya hanya akan menyusahkan keluarga anak-anak dan menantunya. Dengan perasaan rindu akan Cik Om, Usup melangkah keluar dari rumah anaknya tanpa pengetahuan mereka dengan memakai baju terakhir yang dijahit oleh isterinya dan mengancingkan bajunya itu dengan jarum peniti.
Apakah yang akan terjadi kepada Usup? Dapatkah anak-anaknya menjumpai ayahnya semula?
credit to myinfotaip.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top