Sinopsis Andai Itu Takdirnya, Syukri Yahya ft Hannah Delisha

andai itu takdirnya
Kau nak menghadap 60 episod yang penuh stress , dulu andainya takdir tv3 pernah ada cerita gandingan syukri yahya dengan Nina Iskandar, tetapi tajuknya lain sikit jer, Nantikan drama adaptasi novel Andai Itu Takdirnya 1 & 2 karya Siti Rosmizah akan mengisi slot Megadrama di Astro Ria pada bulan Ramadan nanti. Drama bersiri 60 episod arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Hannah Delisha.

Andai Itu Takdirnya.

Jumlah Episod: 60
Tarikh Tayangan: Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Slot MegaDrama, Astro Ria
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan & Liza Ali
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: SR One Sdn Bhd
Watak Pelakon. 

 

  • Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril
  • Hannah Delisha sebagai Aleya
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
  • Idzham Ismail sebagai Ikram
  • Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin
  • Razman Mahayuddin sebagai Faizal
  • Zulkifli Ismail sebagai Syed Abas
  • Aida Khalida sebagai Syarifah Aisyah
  • Esma Daniel sebagai Syed Rahim
  • Laila Nasir sebagai Sharifah Rosnah
  • Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen
  • Hariz Hamdan sebagai Azhar
  • Nur Dhia Irdina sebagai Dania Arisya

Sinopsis Andai Itu Takdirnya.

Aleya (Hannah Delisha), seorang gadis berasal dari keluarga sederhana. Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril (Syukri Yahya). Syed Aizril digilai ramai wanita kerana ketampanan dia. Hidup dia yang kaya menjadikan Syed Aiziril seorang yang berlagak dan sombong.
Tanpa di duga telah berlaku satu insiden yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Mereka telah diperangkap oleh Faizal hingga ditangkap khalwat. Syed Aizril tidak boleh terima dia menuduh Aleya yang perangkap dia semata-mata hendak hidup senang. Syed Aizril dan Aleya disatukan dalam satu majlis pernikahan yang sederhana. Bapa Aleya, Encik Idris begitu kecewa, namun dia tetap hadir untuk mewalikan anaknya.
Ibu bapa Syed Aizril pun sama, mereka kecewa namun terpaksa menerima. Puan Sri Sharifah Aishah mama Syed Aizril begitu membenci Aleya begitu juga dengan emak saudaranya, Sharifah Rosnah. Sepupu Syed Aizril, Sharifah Emilin, yang sepatutnya menjadi isteri Syed Aizril begitu kecewa.
Aleya melalui dugaan dalam hidupnya dengan Syed Aizril menyeksa hidupnya. Namun takdir penentu segalanya, Syed Aizril ditimpa kemalangan namun mampukah Aleya memaafkan semula lelaki yang telah menyeksa kehidupannya tanpa belas?

Sinopsis Andai Itu Takdirnya 2.

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya. Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya.
Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana! Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja. Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya! Perlu ke Aleya berpaling lagi?
Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top