Sinopsis Aku yang kau Gelar Isteri tv3, Sharifah Sakinah, Adi Putra, Nadia Brian

aku yang kau gelar isteri,
Nantikan drama bersiri ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Nadia Brian, Adi Putra, Sharifah Sakinah dan Atiq Azman. Drama 15 episod arahan Shuhaimi Lua. Menggantikan drama Takdir yang tertulis yang boleh mental tengok cerita nih.
JUDUL : AKU YANG KAU GELAR ISTERI
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Nadia Brian, Adi Putra, Sharifah Sakinah, Atiq Azman, Baby Azreen, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Zaki Azeman, Lana Nodin, Ummar Dzariff, Laura Olivia
WATAK PELAKON. 
  • Nadia Brian sebagai Raihani
  • Adi Putra sebagai Ezlan
  • Sharifah Sakinah sebagai Laila
  • Atiq Azman sebagai Pian
  • Baby Azreen sebagai Maryam
  • Aznah Hamid sebagai Mak Lang
  • Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
  • Kuza sebagai Mak Su
  • Zaki Azeman sebagai Naim
  • Lana Nodin sebagai Embun
  • Ummar Dzariff sebagai Rais
  • Laura Olivia
SINOPSIS AKU YANG KAU GELAR ISTERI

Drama seram ini mengisahkan tentang dendam Laila (Sharifah Sakinah) terhadap Raihani (Nadia Brian)  selepas dia berkahwin dengan Ezlan (adi Putra).Laila nih sebenarnya suka dekat Ezlan, tapi dah jodoh raihani dengan ezlan apa boleh buat.  Ezlan bercerita sebuah kisah seram lalu menyergah dengan kuat membuatkan Raihani terkejut dan memaut lengan Ezlan. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian. Saksikan drama ini sehingga tamat.

Maka bermulalah cerita sihir menyihir diantara mereka. Mampukah hubungan Ezlan dan Raihani kembali pulih atau Laila yang akan berjaya melangsaikan dendamnya?

Kalau nak tahu, kenalah tengok cerita ini di TV3 ya.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top