Sinopsis 44 Hari Bangkitnya Pocong astro first

44Hari Bangkitnya Pocong

Kita layan telefilem Seram pulakkk.

Selepas kematian Maimun, (Elly Suriatie)beberapa kejadian aneh telah berlaku dan seluruh penduduk kampung di ganggu oleh pocong. Maimon  yang meninggal secara mengejut mula menjadi bualan orang kampung kerana sikapnya selama ini sememangnya kurang di senangi.
Jenazah Maimon terpaksa dikebumikan pada keesokan kerana menunggu anaknya Aizat (Kodi Rasheed) pulang dari Singapura. Namun, tanpa diduga seekor kucing hitam melangkah mayat Maimon lalu jenazah maimon bangun menyebabkan seluruh penduduk kampung melarikan diri.

Pada malam tahlil yang pertama penduduk mula di serang dengan gangguan ketukan pintu dan penampakan pocong. Suami maimon Anjang Kamal (Riezman Khuzaimi) mula di datangi hantu Pocong Maimon yang meminta maaf.
Kenapa Jadi Pocong?? 
Aizat yang sayangkan ibunya menghadapi dilema dalam menghadapi kecaman namun dalam masa sama cuba merungkai punca Pocong Maimon mula menghantui orang orang kampung. Satu persatu perbuatan terkutuk maimon terungkai termasuklah perbuatan Maimon yang memberikan nasi kangkang kepada Anjang Kamal menjadikan Aizat semakin tertekan.
Mampukah Aizat menghentikan hantu Pocong Maimon dari terus menghantui orang kampung?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top