Siapa juara: Ajak juara bintang bersama bintang minggu ke 4 2018

bintang bersama bintang, tonton online bintang mencari bintang,

Ajak juara bintang bersama bintang minggu ke 4.

Memang ikut giliran ke apa nih. Apa yang pasti ajak menjadi juara untuk minggu ke 4. Minggu ini ajak membawa mesej kekeluargaan. Bergandingan dengan atul kumpulan zero ianya memanglah nak kata lawak sampai berdekah-dekah tuh taklah. Tapi ada mesej yang ingin disampaikan. Sketch yang dibawa simple jer tentang anak dan bapak, si anak (atul ) yang bodoh dalam pelajaran , tetapi apa yang penting mesej dia. Walaupun tak pandai tapi dia disamping keluarga, berbanding dengan anaknya yang lagi satu pandai, jenguk orang tua pun tak. Yerla kita tahu sibuk dengan kerja. Tapi janganlah kita abaikan orang tua kita ya.

Selingan dari lawak semalam…
(Lebih kurang ler)
Bapak: biar bapak periksa kertas soalan anak. Mengapa gagal ni. Kenapa tak de jawapan untuk soalan ini nak?
Anak: Saya tidak faham pak, apa yang dimaksudkan “kadar kemiskinan sudah turun”.
Bapak: Betul lah tu nak. Senang sahaja ni.
Anak: Jadi, apa maksudnya pak?
Bapak: Bapak kan miskin, sekarang ni kemiskinan bapak diturunkan kepada anak. Itu yang dimaksudkannya nak. “Kadar kemiskinan bapak diturun kan kepada anak, dan selepas ini pada cucu.”
Anak: oh… begitu pak. Kemiskinan yg diturun temurunkan lah begitu pak…
Bapak: bijak anak bapak.

Syuk.  

Syuk sebenarnya masih mengekalkan konsep lawak lucahnya tuh. Dia bergandingan dengan BEll Ngasri. Cerita pasal urut, hakim rusli (bell) dan tukang urut (syuk) yang nak provided services dekat hakim nih. Guna ramai prop setiap minggu syuk nih. MInggu ini ok , cuma killer lebih kepada bell minggu ini. Hakim kan minggu depan dia nak ajl , so dia nak chillax. Kasi massage lah.. haha

Issey.

Issey yang bergandingan dengan Meera James (pernah berlakon bersama dalam mocha kau bahagia). Minggu ini dia berkisar tentang tengah naik kereta,tiba-tiba kerusi kereta tuh bila duduk, pegang ada lagu. Ada mesej yang tersirat, walaupun subjek hanya tempat duduk kereta.

Abam ,

Abam dengan Mamak kumpulan Puteh membawa cerita pasal dobi, Yerla tahun lepas ada kecoh pasal dobi di muar kalau tak silap. Yang kaitan dengan syariah tuh. Ada mesej yang ingin disampaikan. Pasal aurat tuh betul juga. Overall ok. Seimbang dari killer dan feeder. Banyak guna lawak subjek atau paras fizikal sebagai lawak.

Achey.

Achey membawa dimensi yang baru, setiap minggu dia akan bergandingan dengan bukan pelawak bukan senang tuh. MInggu ini dia bawak pulak Bazli Unic tuh. Pasal forum tuh, cuma dia kurang compact dia banyak drag. benda yang sama. Pada aku ok ,cuma macam kurang sesuai. Takut kena kecam ke apa. Apepun mesej yang cuba disampaikan ianya cukup betul dan padu bak hang.

Mark adam.

Momentum minggu ini jatuh drop sangat, walaupun apek komen positif jer. Tapi apa yang penting malam tadi mark ada bawak banyak bantuan prop untuk sketch minggu ini . bergandingan dengan Jiggy yang pernah di pentas maharajalawak mega kumpulan Masin. Dia jadi watak adik kepada abangnya Mark Adam, berpewatakkan lembut. Siapa ada salah, kena bunuh diri siap ada lagi violin. Extra semua orang-orang ada nama tuh. Tak ingat pulak nama dia. Kurenglah minggu ini.

Tema 2 minggu depan iaitu Zaman Remaja harap semua peserta dapat bagi yang terbaik selain cari idea atau sketch yang lebih jitu sebab minggu depan nak bagi laluan untuk Anugerah Juara Lagu kali ke 32. All the best buat semua peserta. Choww..

credit to zikrihusaini.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top