Seleweng kutipan derma, suami isteri pempengaruh ditahan SPRM, siapa? Aliff Tega dan Aishah Hijanah ke?

alif tega

Pasangan influencer berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan kutipan derma. (Gambar hiasan).

Macam-macam hal sekarang nih. Benda nih dah berlaku dalam setahun dua. Mujurla PW Community dapat detect benda yang tak betul nih. 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pasangan suami isteri yang juga pempengaruh (influencer) susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.

Difahamkan, pasangan berkenaan ditahan pada pukul 6.40 petang Rabu, menurut sumber.

“Pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9 pagi hari ini 11 julai 2024 untuk permohonan reman,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Siapa yang dimaksudkan tuh, pagi ini kita dapat tahulah. haha

Menurutnya lagi, penahanan berkenaan adalah bagi membantu siasatan susulan dakwaan kutipan derma melebihi jutaan ringgit itu tidak disalurkan secara betul.

Pasangan tersebut sebelum ini tular di media sosial gara-gara terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan wang derma, namun tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top