Selamat pengantin baharu Neelofa , Pu Hariz nikah hari ini!

pu riz dan neelofa

Meleraikan segala teka-teki umum, selebriti popular Neelofa akhirnya menamatkan zaman bujang hari ini. Tahniah diucapakan buat kedua-dua pasangan. Sebelum itu, semalam Syamel dan Erni Zakri sudah selamat nikah hari jumaat yang barakah. 

Berlokasikan sebuah hotel terkemuka di ibu negara, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohamad Noor, 32, dan Haris Ismail,26, disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis bertemakan Jabbal Rahmah iaitu satu daripada lokasi popular yang diziarahi jemaah umrah dan haji di Mekah.

Menurut sumber terdekat yang boleh dipercayai, bekas pengacara MeleTOP itu dan kekasih hatinya diijabkabulkan hari ini sekitar pukul 10.30 pagi.

“Majlis pernikahan berlangsung pada sebelah pagi ini. Majlis hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat saja, segala perincian akan diumumkan sebaik mereka diijab kabul,” ujar sumber berkenaan.

Menariknya, tema yang dipilih memerlukan kedua mempelai dan semua tetamu yang diundang ke majlis berkenaan mengenakan busana berona putih.

Terdahulu, bibit-bibit cinta antara Neelofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih Neelofa Jun tahun lalu.

Sejak itu, Haris dilihat semakin kerap mengunjungi kediaman keluarga Neelofa di Damansara bagi tujuan memberi ceramah berkaitan ilmu agama.

Wanita yang pernah tersenarai antara 300 individu dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes itu membuat kejutan pada 15 Oktober tahun lalu apabila mengambil keputusan untuk berniqab.

Tidak sampai sebulan kemudian, wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu mengejutkan ramai apabila dirisik Haris yang juga bekas peserta program realiti keagamaan, Pencetus Ummah pada 1 November tahun lalu.

Selepas itu kecoh dekat media sosial kononnya hubungan mereka berantakan kerana adik beradik dan ibu neelofa sendiri unfollow Hariz dan ada posting menyindir pu hariz. Dah kecoh katanya neelofa kena guna-guna dengan pu hariz, nikah dekat kelantan diwalikan oleh bapaknya neelofanya sendiri.

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-29 (ABP29) itu pernah mengakui impian perkahwinannya musnah akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih diteruskan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top