Sah! Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar- Menteri Kewangan

kwsp,
Ada berita baik buat pencarum KWSP yang terbeban. Oleh kerana terlalu rungutan yang berlaku oleh semua rakyat malaysia. Siang malam komen di ruangan komen facebook PM kita Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan syarat pengeluaran i-Sinar dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengesahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar. Kita harap ada berita baik untuk memudahkan proses pengeluaran kwsp akaun 1 itu nanti.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.

menteri kewangan,
“Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.
“Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.
“Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.
Berikut perincian pengeluaran:
A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Sehubungan itu Zafrul berkata, KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini.
Terdahulu, ada beberapa sumber melaporkan, kerajaan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan. Sama- samalah kita nantikannya. Tunggu!!

1 thought on “Sah! Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar- Menteri Kewangan”

  1. Pingback: Moratorium menyeluruh akan jejaskan ekonomi, rakyat – BNM – Myzons

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top