Resepi Rempeyek kacang dal yang ranggup

rempeyek dal

Sebelum puasa dulu aku pernah berjanji nak berkongsi resepi kerepek yang sangat terkenal dari kalangan masyarakat Jawa yang dikenali sebagai Tumpi / Rempeyek ni.  Waktu tu ma datang bertandang ke rumah ku.. dan ma sempat buat tumpi kacang dal kesukaan kami suami isteri.  Masa buat tu ma yang bancuh tepongnya & aku tengok2 & ingat2 dalam kepala je bahan2 utamanya tu.  Cadangnya nak cuba juga buat sendiri kemudian bolehlah share resepinya.. tapi nampaknya janji tinggal janji aje.. Pulak masa tu kami sekeluarga ditimpa musibah.  Memang takde mood langsung nak prepare persiapan raya puasa masa tu. Oleh kerana raya haji pun dah tak lama lagi.. aku pun rajinkan diri mencuba sendiri kali ni. Yelah.. selalu tu asyik dok pulun yang kawan buat je. Now kita cuba2 belajar buat sendiri pulak ye.  Mana tau kalau2 ada yang rajin nak cuba2 buat sendiri.. bolehlah cuba ye.. Boleh juga dihidang masa raya haji nanti.. Tapi kali kita cubalah ok. 

Pepagi dah sibuk buat rempeyek kacang dal.. mulanya nak buat kacang tanah dah kehabisan.. dulu2 suka buat bila dtg musim raya ..terasa rindu nak buat tu yg cepat masuk dapur😉😉 Rempeyek/ tumpi kacang dal.

Bahannya 500 gm tepung beras 4 cwn santan pekat @ jika pekat adunan boleh tambah sedikit santan lg 2 sudu mkn jintan manis 2 sudu mkn jintan putih 2 sudu mkn ketumbar Bhn tu di blend kering Segenggam ikan bilis/udang kering 3 ulas bawang putih Sebiji bawang besar Semua bhn tu di tumbuk 1 sudu teh kapur larutkan dgn air 2 biji telur Sedikit jintan manis,jintan putih dn biji ketumbar di bubuh dlm adunan tepung Rm2 kacang dal – rendam semalaman Garam dn perasa secukupnya Caranya Satukan semua bahan-bahan tadi Kalau bergentel tapiskan dulu Mula lah menggoreng Ambil sesenduk adunan tepung bubuh kacang dal dn bhn rempah tadi Lebarkan tepi kuali..di buat sehingga habis Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan adunan tepung tadi.. Kredit FB :Nor Azmah

Tumpi / Rempeyek Kacang Dal

Resepi copy paste dari:Norziehany

Bahan-bahannya:-

  1. 500gm tepung beras (gunakan tepong beras cap gajah 3 ekor tu.)
  2. 5 Cawan santan
  3. 2 biji telur
  4. 400 gm kacang dal- direndam semalaman atau hingga nampak kembang
  5. Garam secukup rasa
  6. Minyak untuk mengoreng (takda minyak, nak pakai apa pulak ya).

Bahan Kisar/ Tumbuk

  1. 250 gm ikan bilis (MaDiHaA ganti dengan segengam besar udang kering)
  2. 2 sb Ketumbar biji
  3. 2 sb  Jintan manis biji
  4. 2 sb Jintan putih biji
  5. 3 ulas bawang putih
  6. 1 inci kunyit hidup

Cara membuatnya:-

  1. Campurkan bahan yang telah di kisar/tumbuk ke dalam tepung beras & kacau sedikit.
  2. Masukan santan ,telur, garam dan kacau sehingga tidak bergentel.Biarkan bancuhan secukup rasa. Masukkan kacang dal & kacau rata.
  3. Panaskan minyak kedalam kuali dan serakkan(tuangkan sesenduk)adunan yang telah di isi kacang dal ditepi kuali.(sambil2 tu.. simbah2 sedikit minyak panas pada tumpi yang melekat pada tepi kuali supaya ia cepat kering & tanggal.  Bila tumpi dah tertanggal dari tepi kuali… sambunglah goreng lagi sehingga kuning keemasan & cukup garing.  Angkat & toskan.)
  4. Bila telah siap simpan tumpi/rempeyek di dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Step dari sumber lain :

Bahan A
  1. Satu cawan kacang dhal ( rendam selama dua jam )
  2. 300 gram tepung beras  ( saya guna cap gajah 3 ekor )
  3. 100 gram tepung ubi atau tepung sagu
  4. Satu biji telur ayam
Bahan B : Tumbuk atau Blend
  1. Lima ulas bawang putih
  2. Tiga ulas bawang merah kecil
  3. Satu sudu kecil biji ketumbar
  4. Satu sudu kecil jintan manis
  5. Satu sudu kecil jintan putih
  6. Garam secukup rasa
  • Tumbuk atau blend semua bahan diatas
Bahan C
  1. Satu sudu kecil kapur makan
  2. 600 ml air
  • Bancuh kedua dua bahan ini
Cara Buat Rempeyek Kacang Dal
 
Cara membuat rempeyek kacang dal :
  1. Gabungkan semua bahan-bahan diatas dan kacau hingga sebati
  2. Masukkan air kapur sedikit demi sikit ( adunan memang cair )
  3. Masukkan kacang dal
 
rempeyek dal
rempeyek dal
rempeyek dal
Step akhir, panaskan minyak, tuang adunan tepi kuali dan bila dah lekang turunkan perlahan-lahan ke dalam minyak. Goreng hingga warna bertukar ke perang perangan. Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara. Siap. Cara buat rempeyek kacang dhal mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top