Resepi puteri ayu coklat cheese

resepi puteri ayu

Hai semua rakan-rakan.Saya nak share resepi puteri ayu coklat cheese Senang sangat sebenarnya. Anda pun boleh cuba dirumah nanti. Pastu boleh buat niage manalah tahu rezeki anda semua🤗??

 

🧀Resepi adunan cheese🧀

  • 250 gm cream cheese 20 gm ,
  • tepung gandum 80 gm
  • gula kastor 25 ml
  • susu cair
  • 1 biji telur ayam

**Putar dulu cream cheese dengan gula, telur, susu cair pastu masuk tepung pukul sampai sebati dan licin tiada ketulan

Pastu boleh letak dalam acuan, kukus 2minit

❗❗sebelum tu, sapu acuan dengan minyak sikit ye

 

🍫Resepi coklat🍫

  • 1 cawan minyak (minyak jagung/minyak masak)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan serbuk koko
  • 10 sudu besar gula(yang ini dah nice bagi Izu kalu korang nk manis lagi, boleh tambah jd 12 sudu)
  • 3 biji telur ayam Gred A

 

***Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sebati lebih kurang 5 minit ye.

Ayak bahan ni sekali👇🏻

  • 1 1/4 cawan tepung gandum(nak guna tepung kek boleh tp takyah letak soda n baking dah)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam halus

Lepas tu masukkan adunan yang blend tadi dalam bekas besar, masukkn tepung sikit demi sikit,

  • kaup balik sampai sebati
  • Tapis adunan untuk elak ade yang berketul
  • Biarkan kejap Pastu boleh tuang atas cheese yang dah kukus tadi.
  • Kukus balik dalam 7 minit/sehingga masak🤗 🔥guna api sederhana ye🔥

Dah siap!!

Selamat mencube💪🏻

READ
Resepi Jejari Oat Susu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: