Hari ini kita nak kongsi cara nak buat nasi arab special punya. Jom kita sediakan terlebih dahulu barang-barang ini, sebelum nak buat nasi arab.
Diatas ini adalah bahan2 tumis bersama dengan nasi.
Bawang besar sebiji
Halia 1 inci
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
Panaskan majerin/butter dan klu nk sedap minyak sapi.
Masukkan bahan2 hiris dan 3 sekawan tadi.. Tumis sampai garing yer. Ada bau wangi tuh, fuhh.
Masukkan beras.. Gaul bersama bahan tumis…Tumis sehinggan garing.. Baru nasi sedap.
Beras basmathi rendam dlu 30minit yer
Beras dah siap macam ni… Kalau beras biasa sukatan mcm biasa la yer.. Tp klu basmathi sy guna 1 cup beras = 2 cup air.
Ok part ni paling penting utk dapatkan rasa nasi arab tu
Ayam sy guna 3 whole leg
Bwng besar 1 biji (klu besar guna separuh)
Tomato 1 biji
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
1 sk biji ketumbar
Buah pelaga 3 biji
1 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma
2 sudu minyak masak
Sedikit garam
Rebus sampai ayam masak… Air rebusan tadi digunakan utk masak nasi.. Dan selebihnya saya buat sup untuk makan dengan nasi.. Sedap.. Rasa sup berempah.
Air rebusan ayam tadi.. Masukkan dalam periuk..
Nasi dah pon siap… Bila nasi dah kering.. Tuang la pewarna.. Minyak carotina ke(ni Mohd Radzi Azizi ajar)..tutup dulu.. Lepas 10 minit baru boleh kacau nasi dan jangan lupa.. Daun ketumbar… Ni yang buat bau dia sedappp…
Serbuk cili
Serbuk kari
Sos tiram
Garam
Perasa
Madu/gula 1 sudu
Minyak masak 2 sudu
(perap kejap je sambil2 siapkan nasi)
Lepas tu panggang
bakar pada suhu 150 api atas sahaja.. 30minit… Nnti dh bakar 15minit.. Keluarkan sekejap.. Sapu lebihan bahan perap td. Bakar semula.. Nanti ayam kilat dan cantik
Ayam dah siap! Ayam ni boleh je dimasak sekali dalam nasi… Tapi sy lebih suka aroma panggang..
NASI ARAB SENANG JE.
Cuba buat nasi arab pakai bahan2 kat rumah je… Alhamdullilah menjadi dgn jayanya…
Menu berbuka semalam😍 utk 6 org makan
Kongsi jgk la mana tau ada yg berkenan🤗🤗
Untuk resepi nasi dan ayam ada kt setiap gambar dengan step2 nya sekali… Ni resepi utk salatoh dan salsa👇
Salsa/sambal arab
Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam sedikit
(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)
Salatoh
Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan2 diatas)
Pudina hiris (sy guna ketumbar gak.. Benda takde😂)
Gaul semua bahan dlm 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lg jus lemon. Siap!
Apa lagi jom buat, selamat mencuba ok!!