Resepi nak buat Nasi Tomato yang mudah dan simple

nasi tomato,

Resepi yang kita mahu kongsikan untuk minggu ini ialah Nasi Tomato.  Bagi yang tak ada idea tu apakata kita sediakan nasi tomato untuk keluarga malam ini ke. Mudah dan ringkas yang paling utama ianya sedap, mesti suka semua ahli keluarga menjamah bersama-sama.

NASI TOMATO.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat:

  • 5 cawan beras – cuci dan toskan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 biji tomato – cincang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 s/b majerin /minyak sapi
  • 5 s/mb minyak
  • Garam secukup rasa
  • Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
  • Daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan-bahan tumis 

  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 5 ulas bawang merah – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 inci Kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca

 

AYAM MASAK MERAH

Bahan A
1 ekor ayam
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos cili
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
1 kiub ayam

Bahan B
15 tangkai cilikering Kisar
2 inc halia ~ kisar
1 /2 inc lengkuas
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji

Bahan C ( rempah tumis 4 sekawan )
Kulit kayu manis
Biji pelaga
bunga lawang
cengkih

Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan rempah tumis hingga harum, kemudian
Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum
Masukkan ayam, sos  cili , bawang besar, kiub ayam, garam dan gula secukup rasa
Gaulkan sehingga sebati
Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top