Garam masala ini kebanyakkan digunakan oleh Masyarakat India. Orang melayu jarang kita dengar. Tapi kita guna garam masala ini untuk masakan kita lagi sedap.
Memilih dan mengisar rempah-rempah membolehkan kita mendapat hasil yang paling segar dan beraroma dalam campuran garam masala. Selalu menyimpan stok garam masala ini di rumah. Jom kita lihat bahan dan caranya.
Bahan2 Yang Diperlukan
- 1/2 cawan jintan putih(cumin seed)
- 1/2 cawan biji ketumbar(coriander seed)
- 1/2 cawan jintan manis (fennel seed)
- 1 sudu besar lada hitam( black pepper)
- 10 kuntum bunga lawang(star anise)
- 20 biji cengkih( cloves)
- 20 biji buah pelaga(cardamom)
- 5 biji kulit kayu manis ceylon(cinnamon)
- 5 biji cili kering (optional)Dry chili
- 10 helai daun bunga salam(bay leaf)
Cara nak buat Garam masala.
1.) Sangai dulu semua bahan tanpa minyak. ( Proses sangai “goreng”adalah penting untuk mengeluarkan rasa rempah garam masala)
2.) Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan rempah hangus dan pahit. Gunakan api yang kecil.
3.) Selepas sangai masukkan dalam pengisar kering dan kisar sehingga halus.
4.) Biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara. Rempah ini boleh tahan lebih dari 6 bulan. simpan dalam peti sejuk.
Anda boleh menambahkannya pada bila-bila masa semasa memasak hidangan termasuk kari, perap ikan atau ayam, tandoori ayam, briyani, sup dan sebagainya.
Rempah buatan sendiri lebih selamat dan sedap. Cawan dan sudu metrik seperti di gambar.
SELAMAT MENCUBA