Resepi Mee Kari yang mudah, simple

MEE KARI,

Sekali sekala nak juga rasa mee kari, walaupun jenuh mencari kerang tak ada. Buat juga tanpa kerang, alhamdulillah menepati selera keluarga kami. Jom kita tengok macam mana nak buat mee kari yang senang je nih.

Sediakan bahan-bahannya adalah seperti berikut.

Bahan utama (mee kuning & sayur-sayuran) :

  • 1 bungkus mee kuning (dicelur)
  • 2 keping tauhu digoreng dan dipotong kecil
  • Daun sup/daun bawang dihiris halus
  • Limau kasturi dibelah dua
  • Telur rebus 1 mangkuk tauge dicelur 1 pokok sawi dicelur
  • Bawang goreng
  • Cili merah/cili hijau dihiris nipis

Bahan Kuah :

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil (saya gunakan 3 keping dada ayam)
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 cawan santan pekat
  • 5 cawan air
  • 2 keping fishcake dihiris nipis (goreng sekejap)
  • 1 bungkus fishball dibelah dua (goreng sekejap)
  • 1 cawan isi kerang rebus
  • 1 keping asam keping
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar :

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia Sedikit air (anggaran 1/4 cawan)

 

Bahan tumis :

  • 1/2 senduk minyak masak Bunga lawang,
  • kayu manis,
  • cengkih,
  • pelaga 3 tangkai
  • daun kari 1 labu
  • bawang besar di mayang 3
  • ulas bawang putih dimayang 1
  • batang serai diketuk

 

Cara penyediaan kuah :

1. Satukan rempah kari dan cili serbuk bersama bahan kisar dan gaul sebati menjadi pes. Ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga harum. Masukkan bahan pes dan sentiasa dikacau hingga pecah minyak.

3. Masukkan isi ayam bersama air. Masak hingga ayam empuk.

4. Masukkan kiub pati ayam, fishball, fishcake, asam keping dan kerang serta garam secukup rasa. Masukkan santan. Biarkan didih dalam api sederhana. Matikan api.

READ
Cara nak buat Aiskrim Durian

 

Cara hidang :

  • Masukkan mee ke dalam mangkuk.
  • Letakkan bahan sayur dan bahan lain.
  • Sendukkan kuah ke atasnya.
  • Sedia dihidang

IKUTI VIDEO TUTORIAL CARA BUAT MEE KARI DARI CHE NOM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: