Resepi KEK LAPIS PANDAN prune Dan coklat

 

KEK LAPIS, KEK LAPIS coklat,

Resepi Kek Lapis Pandan Prune & Coklat

Bahan-bahan :

10 biji Telur gred A
450g Mentega
200g Tepung Gandum
100g Horlicks
160g Gula Halus
1 botol kecil Pandan Paste
1 sudu besar Ovallette
34g Susu Pekat
1 tin kecil Serikaya
100g Serbuk Santan
1 sk Esen Vanilla
1 bungkus Prune tanpa biji – potong kecil
1 bungkus Coklat Cip.

CARA2:
1. Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang (high speed).
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat sehingga putih.
Masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
3. Satukan adunan telur dan mentega sehingga sebati.
Masukkan serikaya, pes pandan, horlicks dan gaul sebati.
Masukkan tepung dan esen vanilla, kacau sehingga sebati.
4. Sediakan loyang yang dilapik & disapu dengan mentega.
Ratakan 6 sudu makan adunan ke dalam tin.
Bakar sehingga bertukar warna keperangan dgn menggunakan api atas.
Ulangi proses sehingga habis.
Akhir sekali bakar dgn api & bawah selama 10 minit.
5. Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.

Sedia.. Selamat mencuba.

[ctl_arcade_game game=”ctl-hero-jump” mode=”iframe” max-height=”1000″]

READ
KEK LAPIS GOYANG DANGDUT

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: