Kek ini diantara feveret aku juga . Aku suka sangat makan kek ni sebab terasa badam pada setiap gigitan dan kombinasi cheese dan coklat nya. Kek ini juga akan buat setiap tahun biasa untuk raya memang kita akan buat.
Kek ni sebenarnya berlapis hitam (ada yang buat warna coklat) dan putih dan setiap lapisan warna hitam (coklat) ditabur badam cincang tetapi ikut cara kawan aku iaitu Hartini Halias saya tompok-tompokkan saja kedua-dua warna disetiap lapisan dan ditaburi almond cincang.
Ramuan
-
Bahan A
-
12 biji telur (putih dan kuning telur)
-
6 biji putih telur
-
150 gm gula halus
-
1 sudu besar ovalet
-
250 gm tepung hong kong
-
1 paket serbuk aiskrim vanilla
-
Bahan B
-
455 gm mentega
-
1 tin kecil susu pekat manis
-
500 gm cream cheese
-
Bahan Lain
-
Pewarna hitam
-
250 gm nutella
-
250 gm badam cincang
Langkah
-
Panaskan oven 170’c selama 10 minit (bergantung pada oven masing2). Sediakan loyang 9×9 inci dan dialas dengan baking paper, masukkan 1/2 senduk adunan hitam, tompok-tompokkan dan ambil 1/2 senduk adunan putih juga ditompok-tompokkan berselang-seli dengan adunan warna hitam tadi, taburkan badan cincang dan bakar 7 minit/masak api atas dan bawah.
Kemudian lapis lagi dengan kaedah yang sama dan bakar 7 minit/masak tetapi guna api atas sahaja. Ulang step yang sama hingga habis.