Resepi KEK coklat kukus sukatan cawan

KEK, KEK kukus coklat,

Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Dia macam KEK kukus coklat biasa cuma kali ini masuk dalam Cawan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut.

1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu essence vanila

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum dan kacau sampai sebati menggunakan guna whisk atau senduk. Kemudian masuk kan Baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.

Seterusnya masuk kan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.

Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masuk kan pula telur, susu pekat dan juga gula dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati. Sebati ok bukan sejati.

Boleh guna kan bekas plastik dadih yang bersaiz kecil tu dan untuk satu adunan kek kukus ni boleh dapat dalam 17 bekas.

Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. Kek ini akan kembang dengan jayanya.

Tutup je bekas plastik tu dengan penutup dia masa kukus dalam pengukus.

Kukus kek dalam anggaran 20 minit. Siap.

Kredit: rodiah amir

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top