Resepi Kek Cheese Leleh!

kek cheese leleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Haha. Resepi kek cheese leleh ni pernah menjadi resepi viral di media sosial. Bukan saja perisa vanila, malah kek ni divariasakan perisanya seperti pandan, strawberi, keladi dan pelbagai perisa lain lagi. Kek vanila cheese leleh ni juga menjadi sumber pendapatan orang ramai bila ianya menjadi viral. Siapa yang nak mula berbisnes dan menjual kek ni, boleh cuba buat resepi yang akan dikongsikan ini.

Resepi Kek Cheese Leleh.

Bahan-bahannya :
100g tepung hongkong (Kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovelette
100g gula kastor
4 biji telur
50ml air sejuk ( air dari peti ais)
75g mentega cair
1 sudu kecil vanila

Cara Membuatnya :

1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda *

2. Mixkan semua bahan di atas, kecuali mentega cair.

3. Pukul sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.

4. Bakar dalam oven pada suhu150’C selama 45 minit. (bakar dengan suhu 150’C selama 30 minit..)
5. kemudian dengan suhu 170’C selama 20 minit….kepanasan ini bergantung pada oven masing2.

Korang juga boleh cara nak kek cheese leleh di video youtube dibawah ini ok.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top