Resepi Kek Batik Indulgence Cadbury

 kek batik indulgence kek batik indulgence kek batik indulgence

Atas permintaan ramai sangat yang mahukan resepi jadi saya kongsikan resepi dari ibu saya. Dia izinkan saya share kepada semua yang nak try buat kek batik ni. Ini CARA IBU SAYA yang tak nak manis manis sgt. Milo pum kita tak letak tau..pasainya dan pakai cadbury dah as topping. Zaman skrg ni tak helok manis2 sangat. Janji rasa dia balance kita makan pun rasa semua bahan2 nya. Serious tak menyesal . Lepas makan pun takde rasa sakit gigi sebab manis..just nice. Tapi perlukan kesabaran yang tinggi sikit jer ya ..tak banyak sikit je 😂.
So saya share resepinya ya. 

Jom kita tengok macam mana nak buat. 


.Resepi Kek Batik Indulgence Cadbury inspirasi dari ibu Mr.Ali 😎

 

Ada 3 lapisan
1- Kek batik
2- Cream Cheese
3- Toping Cadbury

1- Bahan-Bahan Kek Batik :

  • 4 telur
  • 200g buttercup/marjerin
  • 300 g biskut merry
  • 3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
  • 2 sudu gula
  • 4 sudu susu pekat
  • Secubit garam

.

kek batik indulgence

Cara nak buat :
Panaskan buttercup sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut…
Telur tu kemudian masukkan sambil gaul, dan gaul sampai jadi pekat
.
Dah agak-agak pekat, tutup api, baru masukkan biskut supaya rasa crunchy dan  tak lemau
.
Gaulkan dan isi dalam bekas
Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 40 minit
.
2- Cheese cream

  • 120g whipping cream
  • Setengah sudu essen vanilla
  • 250g cream cheese

Masukkan bahan2 diatas kecuali whiping cream.
Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream.
Tuang atas kek batik tadi.
Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam
.
3- Toping Cadbury

  • 120 g whiping cream
  • 3 bar cadbury coklat ( hat ni kalau nk masukkan yg coklat masakan pun boleh. Tapi letak dalam 4 or 5 cube je coklat cadbury tu sbb tak nak bagi manis sgt.)
READ
[ RESIPI POPIA VIRAL CARBONARA CHEESE ]

Beza tau cube dengan bar. Bar coklat tu satu baris coklat cadbury. Cube ni satu petak coklat cadbury tu ya..jangan tertukar pulak ya. hehe

  • Double boil kan semua bahan2 di atas
  • Tuang atas cream cheese tadi
  • Tinggalkan semalaman or 12 jam then boleh makan 😁

Selamat mencuba!

Credit : Muhammad Ali
#mahn

Ok harini sy nk kasi tips untuk sapa2 yg nk buat kek batik. Resepi ada pada post yg lepas ya.

– whipping cream pastikan putar dalam keadaan sejuk . Bukan letak dalam tempoh masa yg lama di luar peti sejuk.

– whipping cream hanya bertahan around 1- 2 jam pada suhu blik. Kalau letak lama dia akan cair sbb pakai whipping cream

– bahan cream cheese dan butter seeloknya dikeluarkan at least 20 minit sebelum membuat kek.

– ada org putar cream cheese dan whipping cream asing2. Boleh je mana2 tapi rasa yg kita putar asing2 tu akan lagi sedap dan rasa seperti aiskrim.

– whipping cream putar sampai dia kental. Means bila u terbalikkan mangkuk yg ada whipping cream tu dia tak jatuh. So stop putar

– apa yg akan jadi bile terlebih putar???
Whipping cream akan rosak dan jadi cair balik

kek batik indulgence

– dalam gambar ni SAYA TIDAK MENGGUNAKAN GELATIN. Rahsia potongan cantik..bgi sejuk semalaman.
Potong dengan pisau panjang celup air. JANGAN POTONG DENGAN KEADAAN PISAU PENUH DENGAN COKLAT. LAP DULU celup air panas baru potong
.
Untuk hat ni saya pakai Callebaut dan butter Anchor. Sangat sedap dan cair dimulut.
Selamat mencuba!😁

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: