Resepi Kari Ikan Tongkol

kari ikan tongkol

KARI IKAN TONGKOL
KreditResepi: Sheila Rusly

Bahan-bahannya :

● 1 ekor ikan tongkol – bersihkan dan dipotong2
● 5 biji bendi – dipotong pangkal dan hujung
● 1 bji terung bulat – potong baji
● 1 biji tomato – potong baji
● 2 biji bawang merah – tumbuk
● 1 ulas bawang putih – tumbuk
● 1 cm halia – tumbuk
● 2 sudu makan cili giling
● 1 pkt kecil serbuk kari
● 1/2 cawan air asam jawa
● 1 cawan air
● 2 cawan santan pekat
● minyak secukupnya
● gula dan garam secukup rasa
● sedikit daun kari

Cara penyediaannya

1. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing.

2. Masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta ikan tongkol. Masak sampai mendidih.

3. Masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap.Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba!!

READ
Cara mudah nak buat roti john yang sedap dan lazat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: