Resepi Jejari Oat Susu

Assalammualaikum semua…diharap semua sihat dan tabah dalam menjalani ibadah puasa dan tak lama lagi kita akan menyambut bulan Syawal.  Pastinya sekarang suri-rumahlah yang paling sibuk..mana taknya nak kena siap makan dan juadah untuk berbuka dan juga nak buat biskut lagi.   Tapi apa yang penting semua itu ada hikmahnya, Insyallah akan dipermudahkan urusan kita.
So hari ini mahu kongsi resipi biskut jejari oat susu yang sangatlah sedap dan menjadi biskut yang mesti ada pada setiap kali Raya kami sekeluarga.  So kepada yang masih terfikir-fikir biskut ape nak buat, bolehlah cuba biskut ini yang memang popular suatu ketika dahulu tetapi kami masih tidak jemu untuk menikmatinya kerana ianya so sedap and so so crunchy…ok jom kita intai resipinya di bawah…Resipi ini untuk satu adunan yang boleh menghasilkan lebih kurang 50 biji biskut tetapi ikut acuan jugaklah…biasanya Kak Raja gandakan adunan ini, dapatlah banyak sikit, so kali 2 le semuanya ye….Selamat mencuba!

jejari oat susu
Penyediaan bahan utama, asas.

Bahan A

  • 225 gm butter
  • 125 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telor
  • 1 sdt esen vanilla (Kak Raja suka taruh lebih sebab suka bau vanilla ni)

Bahan B

  • 20 gm tepung kastard
  • 250 gm tepung gandum
  • 75 gm tepung jagung
  • 100 gm quaker oat atau roll oat (Kak Raja guna yang dalam tin merah tu)
  • 2 sudu besar serbuk coco

Hiasan : 100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar (ayakkan untuk bersatu)

 Cara penyediaan.

  1. Putar gula dengan butter hingga sebati
  2. Ayak bersama kesemua jenis tepung dan serbuk koko, masukkan oat.
  3. Masukkan telur kuning dan vanilla ke dalam adunan butter tadi.  Gaul rata dan masukkan tepung tadi dan uli sehingga sebati.
  4. Canai adunan mengikut acuan kesukaan dan bakar (try le cari acuan macam jejari tu).  Setelah biskut sejuk barulah di salut dengan susu tepung tadi (tapi Kak Raja salut mase biskut-biskut ni panas lagi takut tak melekat)

Nota:

  1. Quaket oat (dalam tin merah ye) di sanggai dahulu sekejap agak2 perang untuk menghasilkan biskut yang lebih ranggup.  Kak Raja kisar oat ni sampai halus.
  2. 100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar, campur & ayak dahulu.
jejari oat susu
Suhu biasanya dalam 20-30 minit suhu 160 deg cel…atau bakar hingga nampak garing dibawahnya..hendaklah dicheck selalu takut terhangus…
jejari oat susu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top