Resepi Daging Burger Buatan Sendiri Sedap dan Mudah (Homemade)

burger daging homemade style

Burger daging atau burger ayam biasanya menjadi pilihan ramai orang terutamanya kanak-kanak yang menggemari makanan ini. Ada sesetengah anak-anak yang tak mahu makan nasi hanya semata-mata inginkan burger. Mak dan ayah mesti pening memikirkan kos perbelanjaan untuk membeli makanan yang sedap ini. Apa kata anda buat sendiri daging burger ini di rumah? Jimat pun ya, dan yang pasti homemade style ini lebih penuh kasih sayang dan kurang sikit barang-barang pengawet. Bukan langsung takda buat sendiri tuh, ada juga, tetapi lagi puas hati kan buat sendiri.

Mulai sekarang anda tidak perlu lagi rungsing tentang daging burger buatan sendiri ini kerana seorang pengguna Facebook iaitu Zamzuri Abdul Malik telah berkongsi resepi dan cara buat burger daging buatan sendiri yang boleh dibuat dari rumah dengan bahan-bahan yang mudah.

burger daging,

Burger yang paling sedap kerana bahan-bahan dan sos di dalamnya.

Resepi burger daging yang mudah dan paling sedap ini boleh dikatakan sama seperti daging untuk burger yang dijual di pasaran seperti Mac Donalds, Ramly Burger dan sebagainya kerana bahan dan rempahnya lengkap dan sebenarnya tidaklah sesusah mana.

Seperti yang dikatakan tuan punya resepi asal ini, cara nak buat daging burger sendiri ringkas sangat senang dan tersangat banyak kelebihannya kerana kebersihan makanan ini terjamin, tiada sebarang bahan pengawet dan yang paling penting memuaskan hati kerana boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak, cepat, mudah dan sangat sedap.

Menurut Zamzuri, daging burger homemade simple ini dikatakan boleh disimpan sehingga tiga minggu dalam peti ais sejuk beku. Anda boleh buat banyak-banyak, kemudian simpan dalam peti sejuk buat stok, bila anak-anak nak makan, keluarkan dari peti ais dan biarkan sementara lalu goreng terus boleh dimakan. Yelah musim pkp nih, kena siap sedia stock makanan dengan banyaknya. Huhu 

Resepi Daging Burger Homemade

Jika daging burger anda sedap pasti boleh buat bisnes burger.

 

READ  Resepi Biskut green Peas (kacang hijau)

 

Bahan-bahan:

  • Daging kisar
  • Lada hitam
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Telur
  • Parsley
  • Oregano
  • Paprika
  • Minyak Zaitun

Cara membuat:

bahan-bahan utama buat burger

Daging ini 600 gram. Boleh dapat 6 ketul.

 

burger daging hancur

Masukkan daging dalam bekas berkilat.

cara buat daging burger
Masukkan bawang yang telah siap dihiris.
Masukkan parsley, mint, oregano dan lada hitam.
Pecahkan 2 biji telur. Masukkan sedikit minyak zaitun dan hingga sebati.
Apabila siap letakkan di atas aluminium foil dan simpan dalam peti sejuk.

Anda Dilarang Gunakan Panadol Untuk Lembutkan Daging Kerana Ia Boleh Membunuh – Mustaffa Othman. 

Senang jer sebenarnya. Apabila dah siap, anda boleh simpankan daging burger ini di dalam peti ais dengan menggunakan aluminium foil sebagai pelapik. Bila nak makan, keluarkan dan biarkan seketika, kemudian goreng atau bakar mengikut kehendak anda sendiri.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: