Resepi cara nak buat ayam percik

ayam precik, gambar ayam percik,

Ayam percik.

Ianya adalah antara hidangan kegemaran penduduk tempatan mahupun dikalangan pelancong. Hidangan ini adalah berupakan ayam yang dipanggang dengan kelapa yang direndam dengan ramuan sos pedas.

POPULAR dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga pelancong asing membuatkan menu ayam percik mendapat tempat di hati penggemarnya sehinggakan ada yang sanggup mengembara untuk merasai keenakannya.

Jika dilihat, ia hanyalah satu hidangan yang ringkas malah mudah disediakan, namun jika seseorang itu tiada kepakaran, hasilnya kurang memuaskan.

Dengan hanya memanggang ayam dan memerapnya bersama bahan tertentu, ia boleh menjadikan seseorang itu terkedu dengan rasanya yang begitu enak.

Bukan saja dijual di pasar malam, hotel dan restoran mewah juga sudah mula memperkenalkan menu enak ini kepada orang ramai supaya terus mendapat tempat terbaik.\

Cara buat ayam percik.

Perap dengan bahan tumbuk:

4 ulas bawang merah kecik

3 ulas bawang putih

1 inci halia

Sedikit garam.

Lumur mesra biarkan sejam.

Bahan percik:

  • 1/2 kotak santan wajib pekat (200 ml – baki lagi 1/2 kotak masuk kemudian – jika ayam besar guna santan lebih lagi)
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas (optional)
  • 5 tangkai cili kering rebus buang biji. (Saya suka pedas saya letak 10)
  • 1 cawan air (cawan besar 250ml)

Blend semua diatas.

  1. 2 keping asam keping saiz sederhana
  2. 4 sudu gula (tak rasa manis sangat pun tak payah tekejut sangat)
  3. 1 sudu garam atau kiub ayam ikut cita rasa sendiri.

Cara Buat:

Masak api sedang kacau perlahan-lahan. Bila dah mendidik, baru masuk ayam.

Masuk ayam. Simbah-simbah kuah. Masak 5 minit kemudian balikkan ayam masak lagi 5 minit. Proses ni akan lock jus ayam dan serap lebih rasa percik. Jangan lupa simbah-simbah dan godek-godek perlahan ayam supaya tak melekat kat buntot kuali. Buat smpai habis ayam.

READ
Resepi tart Cadbury yang sedap

Lepas 10 minit rebus dalam kuah. Angkat ayam guna sepit. Bubuh atas tray. Pastikan ayam bersalut percik ye. Lapik dengan daun pisang. Saya duk padang pasir tak ada pokok pisang. Gunalah baking paper. Bakar dalam oven yang telah preheated 230°C selama 30 minit. Ayam saya kecik – Jika ayam besar tambah masa lagi.

Baki 1/2 kotak santan masuk dlm kuah percik tadi dan masak hingga berkrim. Rasa. Jika tawar tambah apa yg patut. Ingat… kuah wajib rasa masam, masin, manis, pedas yg seimbang baru jadi.

Texture ayam juicy dan empuk dicecah dengan kuah percik yang creamy. Tidak hairanlah mengapa ramai beratur pjg di kedai ayam percik di sekitar Kelantan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: