Resepi bubur putih, bubur merah

bubur putih bubur merah,

Bubur putih bubur merah. Bubur kesyukuran. Orang Melaka, orang Johor  yang biasa buat bubur macam ini.

Bahan:
Beras 2 cawan
Beras pulut 1 cawan
Gula merah 1 cawan
Gula melaka 1 buku
Gula pasir
Garam 1 sudu
Daun pandan
Santan 1 kg (3-4 biji kelapa)

Cara:
Basuh beras dan beras pulut. (Saya rendam kejap pulut). Masak dalam periuk yang cukup besar ( kuantiti akan berganda 2-3kali sebab beras akan kembang). Masuk air 6 cawan ( lebih banyak dari paras beras). Masak sampai beras kembang, masak. Kacau sekali sekala bila perlu, jangan sampai berkerak dasar periuk.

2) Masak gula merah dengan secawan air atas api sederhana. Sampai larut je. (Nak lebih sedap, boleh letak gula melaka sikit)

Nasi dah kembang.
3) Bubur putih
Asingkan sebahagian (1/4) bubur ke dalam periuk kecil untuk buat bahagian putih. Masuk 250 gm santan (1 biji kelapa). Garam (ikut kemasinan, lebih sikit masinnya). 1 cawan air. Letak simpulan daun pandan. Kacau. Didih kejap. Tutup. Biar berair, jangan kering sebab nanti nasi akan lebih pekat bila menyejuk.

4) Bubur merah
Masuk baki santan dalam bahagian bubur merah. Tuang air gula (tapis). Tambah 2 cawan air, daun pandan. Kacau. Tambah sikit gula pasir jika kurang manis. Mendidih, tutup api. Bubur merah lebih cair dari putih.

Menghidang:
Masuk sesenduk bubur merah dalam mangkuk. Letak sesudu besar@ dua bubur putih di tengah² bubur merah.

Masa makan. Gaulkan bersama. Bubur akan rasa lemak, masin, manis👍

Selamat mencuba😘

kredit: laila mehat

READ
Resepi Biskut green Peas (kacang hijau)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: