Resepi Biskut Crunchy Caramel Almond

biskut crunchy caramel almond

Biskut yang sangat kruncy ni sangat mudah cara membuatnya tak sampai 15 minit dah siap! tapi harganya cukup mahal.. bertambah-tambah lagi harga barangan baking seperti badam dah melambung-lambung naiknya. Semasa ita beli ni aje harga badam dah RM 38 sekilo. Bayangkan berapalah harga biskut raya yang bakal di jual pada hari raya nanti..

Kaedah membuat biskut ini sangat mudah kerana ia di sediakan dengan tepung yang khas. Tepung florenta ni anda boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek. Masa ita beli harganya RM19 satu bag yang beratnya 500gm.

  • Masa Penyediaan: 10 minit,
  • Masa Memasak:15 minit,
  • Jumlah Hidangan:8 orang

Resepi Oleh: Che’ Nom

Biskut Crunchy Caramel Almond atau juga dikenali sebagai Biskut Florentine adalah biskut yang paling mudah sekali untuk disediakan. Nama florentine diambil dari nama tepung yang digunakan dalam resipi ini.

Jangan terkejut kalau lihat di dalam resipi tiada sebarang gula digunakan sebab tepung florentine sudah mengandungi gula dan campuran yang secukupnya sebagai asas gula karamel. Cuma mungkin harganya agak mahal. Che Nom beli tepung bienetta atau florentine yang beratnya 600g pada harga RM23. Boleh didapati dengan mudah di kedai bakeri.

Kalau nak beli biskut ni memang mahal kerana bahan-bahan yang digunakan memang semuanya berkos tinggi. Puas hati jika buat sendiri untuk seisi keluarga dan tetamu di hari raya.

Bahan-Bahan:

  • 200 gram tepung florentine
  • 150 gram kepingan badam (sliced almond)
  • 50 gram kuaci putih (sunflower seed)
  • 100 gram kuaci hijau (pumpkin seed)
  • 2 sudu besar bijan hitam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. Bakar kekacang selama 5 minit atau sehingga masak rangup.
  3. Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam. Tuang ke atas loyang berukuran 14″×14″ yang dilapikkan dengan kertas parchment. Tujuannya ialah supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.
  4. Bakar pada suhu 16°C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.
READ
Cara nak buat air katira yang sedap!

Tips:

  • Kalau tak jumpa tepung florentine, boleh cuba cari tepung bienetta. Kedua-duanya boleh digunakan untuk biskut ini.

Biskut ini hendaklah di bakar dalam loyang 14×14 inc. Loyang pula hendaklah di alas dengan kertas kek bukan kertas minyak ya sebab nanti ia melekat. Kertas kek tu ada jual di kedai kek 1 gulung harganya RM 12 ringgit kalau di JB di tempat lain tak pasti. Kertas ni kita boleh guna semula, ianya boleh dicuci dan diguna semula.

copy paste iresepi.com

Sumber lain :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: