Resepi Biskut Cornflakes Crunchy

Biskut cornflake ranggup

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy.

Jika sudah dekat raya mesti ramai ibu yang membuat biskut raya. Resepi biskut mudah, cepat, sedap dan rangup seperti cornflakes crunchy cookies ini. Resepi femes daripada Husreezal Rushdee Husin‎ di laman Facebook beliaau aku copy paste jer nih.

Bahan-bahan :

250g (1 ketul) buttercup/planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil/ 1 penutup botol esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( guna separuh kotak)
Hiasan : ceri (tak mahu letak pun tidak mengapa)

Cara-cara:

  1. Satukan butter, gula aicing dan esen vanila menggunakan senduk. Kacau sebati je, takyah lama-lama.
  2. Dah sebati, masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit okey.
  3. Adunan memang lembik ye. Masukkan cornflakes yang dah diramas dan gaul sebati.
  4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/planta.
  5. Jarakkan sebab biskut akan mengembang sikit.
  6. Panaskan oven suhu 160’c masa bakar 20minit atau ikut oven masing-masing.

*Harum mewangi bila dah siap masak😋. Time panas-panas nih korang makan, fuhh ini macam  lah. Sejukkan dan masukkan di dalam balang.  

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top