Hari ini kita mahu kongsikan resepi biskut cip coklat , kitkat.
Bahan-bahan.
- 1/2 cawan mentega (lembut pada suhu bilik)
- 1/3 cawan gula pasir
- 1/2 cawan gula perang
- 1 biji telur
- 1 1/2 sudu kecil esen vanila
- 1/2 sudu kecil baling soda
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 1/4 cawan Kit Kat (1 batang dibahagi 3 bahagian)
- 1/2 cawan cip coklat
*untuk 24 biji.
Cara-cara penyediaan.
-
Putarkan mentega dan kedua-dua gula di dalam mixer hingga sebati.
-
Satukan tepung, baling soda dan garam ke dalam mangkuk, gaul. Ketepikan.
-
Perlahankan kelajuan mixer. Tambah telur dan esen vanila.
-
Masukkan adunan tepung perlahan-lahan hingga sebati.
-
Masukkan Kit Kat dan cip coklat. Gaul sebati.
-
Tutup dengan plastik wrap dan sejukkan lebih kurang 2 jam.
-
Preheat oven ke 175ºC.
-
Buatkan bulatan-bulatan kecil dan susun ke atas dulang beralas parchment paper.
-
Bakar lebih kurang 10 ke 12 minit.
-
Keluarkan dari oven dan biarkan biskut di atas baking tray lebih kurang 5 minit, sebelum mengalih ke rak menyejuk.