Resepi ayam Kam Heong

ayam kam heong ayam kam heong

Ayam Kam Heong Bahan-bahan: Ayam 500gm (dipotong dadu) 1 sudu tepung jagung 2 tangkai daun kari 2 sudu besar serbuk kari 1 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar minyak bijan 2 sudu besar sos tiram

 

2 sudu besar udang kering (direndam) Cili padi (secukup rasa) 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 8 ulas bawang merah (ditumbuk) 1 biji bawang besar (dipotong 6) Garam & gula (secukup rasa )

 

Cara: 1. Gaulkan ayam yang telah dicuci dengan sedikit garam & tepung jagung. Gorengkan sehingga masak tetapi jangan sampai kering. Angkat dan letak di tepi dahulu.
2. Campurkan serbuk kari, sos tiram, minyak bijan, kicap cair dan kicap pekat dalam satu mangkuk. (bahan perencah)
3. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah yang dah ditumbuk. Masukkan udang kering dan biarkan sampai naik bau.
4. Masukkan cili padi, daun kari dan bahan perencah tadi. Kacau hingga sebati.
5. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
6. Masukkan ayam yang dah digoreng awal tadi. Selepas itu, masukkan bawang besar. 7. Kacau rata dan bila semua kelihatan dah masak, boleh matikan api dan siap untuk dihidang.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top