Remy batal pertunangan lepas dapat petunjuk

remy ishak putus tunang

Mengakui dirinya belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami, pelakon Remy Ishak berkata lebih baik dia menarik diri daripada meneruskan ikatan pertunangan yang terjalin selama dua tahun bersama Ezza Yusof.

Remy, 36, berkata dia memohon petunjuk Tuhan sebelum membuat keputusan, apatah lagi menyedari kekurangan dirinya dalam perhubungan.

“Penat untuk teruskan apa yang tak ada, justeru saya selalu solat minta Allah tunjukkan yang terbaik.

“Tempoh pertunangan juga sudah cukup dua tahun tapi saya rasa diri ini masih belum mampu menjaga anak orang lain.

“Tidak adil untuk fikir diri sendiri saja. Daripada tiada hala tuju, baik saya melepaskan ikatan ni,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran produk Origina – yang mana dia menjadi duta – di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak menegaskan orang ketiga bukanlah faktor perpisahannya dengan Ezza.

Biarpun berat, katanya, keputusan itu dibincang secara baik bersama Ezza sejak sebulan lalu.

“Walaupun sudah putus, hubungan kami masih baik dan kami masih rakan kongsi dalam perniagaan,” katanya.

Remy dan Ezza bertunang pada Mei 2017.

Baru-baru ini pelakon Lelaki Pilihan Tuhan itu memuat naik hantaran di Instagram yang menimbulkan tanda tanya tentang status pertunangannya.

“Saya akui itu silap saya sebagai lelaki. Seharusnya lelaki kena bijak dan simpan konflik yang dialami dalam hubungan,” katanya lagi mengulas tindakannya itu.

Remy bagaimanapun tidak menolak jika takdir menentukan jodoh mereka kembali bertaut, dan malah berkata belum memulangkan cincin pertunangan kepada pihak perempuan.

“Ini tempoh bertenang dan saya cuba perbaiki setiap kelemahan yang ada. Tapi jika masa depan ada jodoh insya-Allah mungkin hubungan ini boleh bertaut kembali.

“Selebihnya terlalu peribadi untuk saya komen berilah ruang kerana banyak hati perlu dijaga,” katanya lagi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top