Punca gastrik dan penawar terbaik untuk atasinya

gastrik,

Gastritis atau penyakit gastrik yang dikenali umum adalah satu penyakit yang dikaitkan dengan pedih atau sakit di bahagian perut atau ulu hati . Penyakit gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut. Penyakit ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori, alergi, merokok atau ubat-ubatan (contohnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid). (http://www.mmgazette.com/)

Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Istilah yang lebih tepat bagi keadaan ini adalah gastritis. Gastrik itu sendiri secara bahasanya membawa maksud perut. Namun, ia digunakan secara meluas dalam masyarakat Malaysia untuk merujuk kepada gastritis.

Apakah simptom penyakit ini?

Tanda dan simptom yang mungkin berlaku adalah:

  • Rasa panas atau sakit pada bahagian atas abdomen
  • Mual
  • Simptom terkait dengan pengambilan makanan – sama ada bertambah teruk sebelum atau selepas makan
  • Sakit bahagian ulu hati
  • Loya dan muntah
  • Kembung perut selepas makan/
  • Muntah darah
  • Najis berwarna gelap
  • Sendawa yang kerap
  • Pening kepala/pitam
  • Perut rasa sebu

PUNCA GASTRIK

Ia boleh berlaku secara mengejut (akut) atau secara beransur-ansur dalam tempoh yang lama (kronik). Meskipun terdapat simptom yang disenarikan atas, tidak semua penghidap gastrik mengalami simptom tersebut.

Apakah yang menyebabkan keradangan pada perut?

Dinding perut dilindungi oleh lapisan mukosa. Lapisan ini membuatkan ia terlindung daripada hakisan asid di dalamnya yang berfungsi untuk menghadam makanan. Apabila lapisan ini terganggu, perut boleh mengalami keradangan.

Beberapa keadaann yang boleh meningkatkan risiko gastrik adalah:

  • Jangkitan bakteria. Sejenis bakteria bernama Helicobacter pylori adalah penyebab utama bagi keadaan kesihatan ini. Bakteria ini wujud di dalam perut ramai orang tapi hanya sesetengah orang sahaja yang mengalami keradangan.
  • Penggunaan ubat tahan sakit secara berkala. Ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen berpotensi menyebabkan gastrik akut atau kronik jika diambil secara berkala atau berlebihan. Ia menyebabkan gastrik dengan menjejaskan faktor utama yang melindungi lapisan dinding perut.
  • Umur meningkat. Semakin berumur, lapisan dinding perut menjadi semakin nipis. Ini meningkatkan risiko keradangan.
  • Alkohol. Minuman ini merengsa dan mengikis lapisan perut menyebabkan ia lebih terdedah kepada asid.
  • Stres. Stres disebabkan pembedahan major, kebakaran atau kecederaan yang teruk merangsang penghasilan asid yang tinggi di dalam perut.
  • Autoimun. Gastik juga mungkin boleh disebabkan oleh sistem imun badan sendiri yang menyerang lapisan perut. Keadaan ini jarang tetapi antara punca yang boleh berlaku.
TIPS MENGATASI GASTRIK
 
Elakkan :
  • makanan bergoreng,pedas, masam, makanan didalam tin, makanan berasid tinggi seperti buah oren, minuman tinggi kafein seperti kopi dan teh, minuman bikarbonat,
  • aktiviti merokok
  • berbaring atau bersandar selepas makan
  • tidur selepas makan
Amalkan:
  • Pengambilan buah kurma secara konsisten (antioksidan)
  • Banyakkan minum air masak sebelum makan
  • Minum susu untuk mengurangkan keasidan perut dan air buah yang tidak berasid seperti pisang
    Amalkan pemakanan sihat mengikut piramid makanan
  • makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
  • mengelakkan pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin dan ibuprofen
  • mengurangkan aktiviti merokok
  • Elakkan pengambilan alkohol
  • Banyakkan makanan karbohidrat kompleks seperti beras perang, kekacang badam, oat
  • Makan makanan yang dipanggang lebih baik daripada yang digoreng.
RAWAT GASTRIK DENGAN DOA

READ  Malaysia dijangka alami musim kering sehingga Mei 2019
 
Untuk yang beragama Islam, kita boleh mempraktikkan ayat-ayat Quran untuk brusaha mengurangkan kesakitan gastrik atau penyakit lain. Dengan izin Allah, kita usaha dan tawakal. ( http://www.alhidayah-medic.com/)
  • Surah Al-Buruuj – ayat 1-22 ( 3x waktu malam)
  • Surah Ghafir – ayat 41-55 (3x waktu siang

Bila harus berjumpa doktor?

Simptom bagi keadaan kesihatan ini agak kurang jelas. Perut kembung dan mual adalah perkara yang biasa dialami oleh ramai orang. Dalam banyak keadaan, ia akan hilang sendiri. Namun, jika simptom yang dialami kekal selama seminggu atau lebih, sebaiknya dapatkan nasihat perubatan lebih-lebih lagi jika anda sedang mengambil ubat tahan sakit.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: