Polis tahan Jamal Yunos!!

jamal, jamal pak tongkol, jamal gila, jamal mahu jotos kepala zaid,

Apa nak jadi dengan jamal nih? Ingat dengan apa yang dia buat semua tuh boleh menang hati rakyat di selangor? lagi buat macam sudah.

Terbaru, Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ditahan Pasukan Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan pintu utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 8 malam.

Beliau kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dengan menaiki sebuah kereta polis dan tiba pada jam 9.24 malam.

Ketika ditahan, beliau sempat menghantar pesanan menerusi WhatsApp kepada media memaklumkan penahanan itu ada kaitan dengan isu ahli DAP yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Malaysia, Datuk Mohd Imran Tamrin, berkata selain Jamal, polis turut memanggil tiga lagi individu untuk dirakam keterangan.

“Jamal ditahan untuk bantu siasatan kes berkaitan beberapa gimik yang kami buat berhubung sikap kurang ajar dan kebiadapan Zaid terhadap Sultan Selangor.

“Setakat ini polis sedang mengambil keterangan, dan jika ada keperluan untuk tahanan reman, permohonan akan dibuat pada esok pagi,” katanya di IPD Dang Wangi.

Selasa lalu, Zaid menerusi Twitter mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lain menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.

Susulan itu, Zaid dipetik sebagai berkata: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”

READ
Bajet2017: Pemandu Uber / GrabCar Beli Iriz Terima Rebat RM4,000 – Inilah Reaksi Proton

Susulan itu pelbagai pihak menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Zaid itu termasuk Jamal.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: