Polis beri amaran jangan buat provokasi perlawanan Malaysia-Indonesia

malaysia vs indonesia,

Kira-kira 1,500 pegawai dan anggota polis akan bertugas menjaga keselamatan dan lalu lintas sepanjang perlawanan Malaysia menentang Indonesia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Bertugas mula 1 tengahari dan berperingkat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata mereka akan bertugas secara berperingkat mulai pukul 1.00 tengah hari.

Beliau menjangkakan perlawanan itu dihadiri kira-kira 85,000 penyokong termasuk sekitar 6,700 dari Indonesia. Namun aku dapat rasakan lebih dari itu yang akan hadir pada perlawanan malam ini. So yang lebih-lebih nih akan berlegar di luar stadium bukit jalil. Jangan gaduh sudahla. Itu yang merisaukan aku tuh.

Bercakap pada sidang media hari ini, Mazlan mengingatkan penyokong kedua-dua pasukan agar tidak melakukan sebarang provokasi ketika perlawanan berlangsung.

“Polis akan mengambil tindakan keras bergantung kepada kesalahan yang dilakukan,” katanya sambil menggesa mereka supaya bertimbang rasa dan menjaga tingkah laku agar pelawanan esok berjalan lancar.

Mazlan juga berkata antara barangan yang ditegah dibawa ke stadium ialah mercun, pen laser, sebarang senjata dan minuman keras.

Orang ramai turut dinasihat menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan dan tindakan menunda akan diambil bagi kenderaan yang menghalang lalu lintas.

– Bernama

 

READ
Live streaming indonesia u19 vs taiwan u19 (chinese taipei) 18.10.2018

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: