Pesakit gadai rantai emas, dakwa ditipu Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi

darul-rizki

SEKEPING resit bayaran berjumlah RM32,800 dikenakan kepada penama Saadiah Binti Wahab bagi rawatan perubatan dengan kepala surat bertulis Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi Melaka tersebar di Laman Sosial Facebook dan Twitter.

Anak mangsa, Muhammad Sholehin B. Md Saad tampil mendakwa ditipu oleh pihak yang menggunakan nama Islam untuk kepentingan diri sendiri sambil menyifatkan perbuatan itu memalukan Islam.

Menceritakan secara terperinci tentang resit bayaran yang tersebar itu, Sholehin berkata pada malam 11 Oktober 2016 yang lalu beliau yang dalam keadaan terdesak telah membawa ibunya, Saadiah yang menderita sakit kaki untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Darul Rizqi, Melaka.

Pihak hospital dakwa Sholehin tidak dapat mengesan punca kesakitan tersebut. Beliau cuba mendapatkan rawatan cara Islam bagi menghindarkan diri dari terjebak kepada sebarang perbuatan syirik sepanjang proses rawatan.

Menurut Sholehin lagi, bayaran RM300 dikenakan untuk ‘scan’ (imbas) penyakit. Memikirkan derita ditanggung oleh ibu, beliau yang pada awalnya merasa berat hati, tetap rela membayar kos itu selepas meminta bantuan isteri dan abangnya.

Selepas pemeriksaan dibuat, beliau ditanya sama ada mahu meneruskan rawatan, beliau menjawab “ya,” dan memang itulah tujuannya datang dari jauh untuk mendapatkan rawatan bagi ibu.

Apa yang mengejutkan, cas rawatan yang diserahkan untuk bayaran kepadanya berjumlah RM32,800, selepas berlaku tawar menawar, harga diturunkan kepada RM22,000.

Alasan diberikan ialah, itu merupakan kos untuk menanggung risiko bagi melakukan rawatan terhadap ibunya, dan rawatan tidak akan dimulakan sehinggalah duit atau barangan yang setimpal dengan harga itu dijelaskan.

Sholehin mendakwa pada ketika itu ibunya yang sudah tidak dapat menanggung rasa sakit, terus menyerahkan rantai tangan emas miliknya yang dibeli dengan harga sekitar RM4,000 suatu masa dahulu.

Namun selepas rawatan yang dimaklumkan hanya suku daripada keseluruhan rawatan yang patut dijalani itu selesai dilakukan, Sholehin bertanya keadaan ibunya, namun ibunya hanya mendiamkan diri.

Ketika berada dalam kereta barulah ibunya berkata tiada sebarang perubahan berlaku, malah kesakitan ditanggung semakin teruk. Sehingga hari ini Sholehin mendakwa sakit ibunya masih berterusan malah kini ditempatkan di Unit Kecemasan Hospital.

Individu bernama Am didakwa turut menawarkan air yassin untuk diminum dan digunakan sebagai mandian untuk ibu dengan harga RM40 sebotol (1.5 Liter).

Namun selepas Sholehin memberitahu tidak memiliki wang, individu tersebut terus memberikan air yassin itu secara percuma. Beliau turut mendakwa menolak apabila Am menghantar mesej kepadanya menggesa untuk rawatan susulan bagi ibu.

darul rizki darul-rizki2 darul-rizki3 darul-rizki4 darul-rizki5 darul-rizki6 darul-rizki7 darul-rizki8 darul-rizki9

darul rizki

dipetik dari fb Sholehin Seven

Rasa2 kalau banyak duit nak bawa ibu bapa berubat boleh la try kt sini..hahaha..harga tak masuk akal Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi..hentikanlah guna nama Islam sebagai kepentingan diri sendiri..memalukan org Islam,dalam keadaan terdesak pada malam 11/10/2016 aku telah membawa mak aku utk berubat kerana sakit kaki yg hospital pun xtahu punca kesakitan..

aku merancang utk cari perubatan Islam supaya tiada syirik2 yg berlaku spnjng tempoh Perubatan tu,dan pergi ke ke tmpt trsebut..maka beliau yg perkenalkan diri sbgi Am mmbritahu perubatannya brbyar ..aku pun xkesah la dgr nama perubtan islam..mula2 kena bayar rm300 utk scan pnykit katanye..mula2 rasa berat da..pikirkn masalah mak aku..aku pun collect duit dgn abg n bini aku dptlh jmlh rm300 dan byr pdnye dan die kata rawatan susulan percuma..ok fine..

slps da check die listkn pnykit2nye..ok aq tgok pun byk..lps tu die tnye..nk berubat tak?cnfrm lh nk berubat kn sbb dtg jauh2 smpi ke serkam,melaka sna..lps tu die kluarkn hrga caj rwatan pnuh smpi RM32k lbih ..aku da pnas hati..mahal mak datuk..lpstu die bgi tawaran trun hrga RM22k..bapak die..katanye itu caj bgi die tanggung risiko utk mak aku..kalau kau sbgi mnusia normal boleh tgok org sakit cm uh,die xkn mulakan rwatan slgi xde duit atau gantian duit sma dgn hrga..

aku dah ajk blik..tpi mak aq da x than skit..die bgilah rantai tgn die lebih kurang hrga msa beli RM4k lebih..sebb nk rawat die pnye psl..aq pun ikut lh..die kta ini baru suku rwtan blum pnuh..slps selesai tu..die pun ckp lah mcm2 psl pnykit tu..mak aq pun ajk blik ..aq just tnye..mak ok x..die snyp jee..msa dlm kereta die kta..sma jee rsa..xde rasa elok pun..sakit lgi adalah..dan smpi hari ni sakitnye btrusan dan skrg aq berada di kecemasan dri pgi tdi..

msa nk blik dri umh Am tu pun die tnye xnk beli air yassin kee buat mak minum n mndi sok pgi..taw hrga die berapa 1 botol 1.5liter air yassin die RM40 sbtol ko..last2 aq ckp..aq pun duit xde encik nk beli dah..die bgi free jee..aku hanya menulis supaya aq xnk ada org lagi terkena macam aq nie..duit hilang pnykit x hilang..dan tdi die msj aq suruh buat rwtan susulan..skli kena sound ngn aku..bengis ko die..hehehe..

kalau nk berubat pergilah Darul Syiffa kee..dah sah2 kite tahu itu Arwah Tn Guru Harun Din pnye tmpt..insaflah wahai Am..jangan gunakan agama sebagai mata pencarian rezeki ko dengan caj org sesuke hati ko..Allah bgi kelebihan utk bantu org..bkn dgn cara gini

#PusatPerubatanDarulRizqi
#PusatPerubatanDarulSyiffasilabantusaya 

Boleh ke laman blog rasmi dia http://perubatanislamdarulrizqi.blogspot.my/

Mengenai kes terkini :

darul rizki dah tutup ker, kena tutup bang?? Penunggang agama tol lah., memalukan..

Dah tutup pun pusat perubatan Islam yang melacurkan agama tu.. Lepas ni tunggulah tindakan selanjutnya sebab dorang sedang disiasat oleh pelbagai pihak dan agensi kerana menipu orang awam. Padan muka!! Inilah balasan Tuhan kerana memperdagangkan agama!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top