Permohonan I-sinar kategori 2 pengeluaran akaun 1 mula 11 januari ini 2021

i-sinar kwsp

Ramai yang terkesan dek pandemik covid19. Ramai juga yang sudah memohon i-sinar kwsp bagi akaun 1, untuk kategori1. Ada yang dapat ada yang tidak bernasib baik permohonan tidak lulus, dan kwsp mencadangkan untuk memohon dibawah kategori 2.

Kategori 2 pula melibatkan mereka yang tergolong dalam kumpulan berikut:

  • Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

So kalau ada gaji kurang, atau gaji kena potong, kwsp takda carum, boleh jer korang mohon untuk kategori no2.

Tarikh & Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2

  • Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
    • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
    • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan kebangkalian untuk dipertimbang oleh pihak kwsp pasti akan menjadi perhatian.
  • Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara online melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021. 

kategori permohonan i-sinar kwsp akaun 1, kategori2

Tarikh Semakan Status Kelulusan & Bayaran

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan i-sinar KWSP ini akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa terdekat, dalam hujung bulan 1 atau awal bulan februari.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Baki Akaun 1 & Jumlah Pengeluaran Yang Dibenarkan

Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:

  1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    • Masih aktif
    • Milik anda
    • Bukan akaun bersama

Nota:

  • Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
  • KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli. So kita sebagai rakyat malaysia, jagalah SOP yang telah ditetapkan.
  • Lebih baik, korang buat semua ini secara online. Kurang risiko.

30 peratus pengurangan gaji . Au bagi contoh gaji sebelum ini dah tolak apa semua, kira gaji bersih ialah rm1500.00 contohnya. Kurang dari 30 % ialah Rm450.oo so bila tolak dari 30% gaji korang ialah RM 1050.00.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top