Pengasas Dnars maut nahas di Thailand

pengasas dnars

Alfatihah, dan takziah diucapkan.

KOTA BHARU: Pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand pagi tadi.

Faziani Rohban yang berusia 39 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera.

Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori.

Adik mangsa, Faizul Rohban, 34, berkata dia menerima panggilan daripada abang iparnya memaklumkan kakaknya meninggal dunia akibat tersepit dalam kemalangan itu.

“Suami isteri berkenaan bertolak dari rumah mereka jam 8 pagi tadi di Wakaf Bharu dan dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.

“Setakat ini saya hanya dimaklumkan mereka terbabit kemalangan dengan lori dan kini jenazah kakak berada di hospital.

“Kami masih terkejut dengan berita mengejut ini dan kami sekeluarga dalam perjalanan ke Pattani,” katanya ketika dihubungi.

Faizul berkata, kakaknya baru pulang dari Makkah mengerjakan umrah Rabu lalu dan selepas itu bertolak ke Jakarta, Indonesia untuk majlis berbuka puasa dengan anak yatim.

“Saya tidak sangka kejadian mengejut ini meragut nyawa kakak saya,” katanya.

Copy paste bharia.com.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top