Pemandu Grab maut dijerut

GOMBAK: Misteri kehilangan seorang pemandu Grab terjawab selepas ditemui mati akibat dijerut di dalam kenderaannya berdekatan flat Selayang Baru malam tadi.

Mangsa yang memandu kereta jenis Myvi hitam itu ditemui polis kira-kira jam 11 malam di tempat letak kereta flat berkenaan.

Pihak polis terpaksa memecahkan cermin kenderaan mangsa untuk memeriksa keadaannya.

Polis forensik memeriksa keadaan mangsa yang dikenali sebagai Aiman Nosri. - Astro AWANI

Polis forensik memeriksa keadaan mangsa yang dikenali sebagai Aiman Nosri. – Astro AWANI

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Aiman Nosri, kali terakhir bertugas membawa penumpang pada Khamis jam 9.34 malam dari Jalan Tun Tan Cheng Lock ke Selayang Baru.

Apabila mangsa tidak pulang, keluarganya segera membuat laporan polis.

Sehingga kini, motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Innalillahiwainnailahirojiun… Salam Takziah kepada keluarga pemandu grab yang mati disyaki dibunuh di Selayang… Dengar kata trip last dia bawak mapren a.k.a. Awang Hitam sebelum gagal dikesan oleh pihak keluarga. Tau2 jer polis jumpa dah mati kena jerut kt kerusi belakang… Dah sampai masa company
e-hailing ketatkan syarat penumpang, sbb so far driver semua berdaftar, tapi penumpang hanya perlu email id jer… Dah la sekarang ini senang2 orang luar masuk Malaysia, lepas tu buat macam tempat diorang sendiri plak…!!! Al-Fatihah…

Semoga pelaku dapat diberkas dan dihukum mati gantung.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top