Pelakon hantu kak limah, Pak Jabit meninggal dunia.

 

UNTOK MAKLUMAN AYAH SY ABD KADIR @ PAK JABIT telah kembali ke rahmatuallah sebentar tdi 7.10 pagi ini….jenazah masih berada di klinik lancang….sy anak beliau..

PELAKON komedi, Pak Jabit meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Lanchang di sini jam 7.10 pagi ini.

Berita kematian pelakon filem Hantu Kak Limah itu dimaklumkan salah seorang anaknya menerusi akaun Facebook dan dikongsi rakan-rakannya pagi ini.

Allahyarham turut dikenali dengan nama ManKadir Shamsi akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang di sini selepas solat zohor hari ini.

Pak Jabit terkenal menerusi lakonannya dalam filem-filem komedi arahan Mamat Khalid antaranya Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Allahyarham terkenal sebagai pelakon pembantu dalam filem-filem tersebut yang dibarisi pelakon popular lain seperti Awie, Allahyarham Zami Ismail dan ramai lagi.

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran yang popular dengan watak Pak Jabit dalam filem Hantu Kak Limah, meninggal dunia di sebuah klinik di Lanchang, Pahang, jam 7.10 pagi tadi, dipercayai berpunca daripada masalah jantung.

Pak Jabit atau nama sebenarnya, Man Kadir Samsi, menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun. Terdahulu, Pak Jabit rebah di rumah dan dibawa ke klinik oleh anaknya.

Cucu Allahyarham, Zakiah Razali, memberitahu BH Online, arwah ada mengirim mesej kepadanya malam tadi, mengadu mudah letih sejak kebelakangan ini.

ALLAHYARHAM Pak Jabit ketika hayatnya. – Foto ihsan Zakiah Razali

“Tidak sangka itu adalah mesej terakhir sebelum arwah atuk meninggal dunia.

“Doktor mengesahkan atuk sudah tiada sebaik dibawa ke klinik pagi tadi. Setahu saya, atuk tidak mempunyai masalah jantung.

“Jenazah atuk akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Lanchang, hari ini sebaik semua urusan selesai,” katanya.

Selain Hantu Kak Limah, Pak Jabit turut dikenali dalam filem Zombi Kampung Pisang, Man Laksa, Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel dan banyak lagi. ‘

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Rantau Panjang, Lanchang selepas solat Zohor pada Khamis.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top