Panduan peperiksaan online kawalan trafik udara 2017

kawalan trafik udara,

Berita baik kepada semua calon exam online bagi jawatan kawalan trafik udara gred A 41 dan A 29 edisi 2017. Kali ini kita akan sediakan nota untuk persediaan calon exam kali ini untuk lebih mudah dan tahu cara format macam mana nak jawab. Soalan memanglah tidak 100% sama, cuma kita bagi format dan bentuk soalan dia lebih kurang macam inilah.

Apepun tahniah kepada semua calon yang tersenarai dalam peperiksaan kali ini. Harap dapat persediaan yang lebih jitu dan pastikan ilmu didada sedia dengan secepat mungkin.

Kita memang tidak sediakan soalan bocor, ianya memang salah dari segi undang-undang. Memang kementerian betul-betul strict dalam menjaga privacy dan intelektual. So , jangan tanya soalan bocor atau contoh soalan. Yang ada ialah kita sediakan macam mana format dia, dan juga mungkin ada masuk juga isu semasa dalam 2,3 soalan.

Sebelum tuh semak betul ke korang tersenarai, semak disini. Masukkan no ic korang 

Bila exam nih? 

Tarikh Peperiksaan : 03 OKTOBER 2017 (SELASA)
Seksyen A : 08:00 PM – 08:40 PM
Seksyen B : 08:55 PM – 09:40 PM
Sila layari laman web :
http://e-semakanbcc.spa.gov.my/pktu/

Soalan seksyen A lebih kepada Soalan pengatahuan Am, Seksyen B daya menyelesaikan masalah. Lebih kepada matematik. Puratalah, persamaan serentak, gst ke, dan sebagainya. Kalau ikutkan memang mungkin boleh jawab kalau ada banyak masa, tapi masa terhad so memang kebanyakkan calon tak cukup masa untuk jawab soalan nih. Tak sempat, tembak jerla jawabnya. Huhu..

DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan trafik ‘Area Control’ di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas.

Adakah korang semua ingin membuat persediaan yang rapi dan menyeluruh supaya anda dapat menempuhi Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 atau exam yang lain, sekurang-kurangnya mesti lulus dan berbaloi?Adakan anda ingin mengetahu apakah format-format, contoh-contoh soalan serta bagaimana untuk menjawab soalan-soalan format dia macam exam online nanti? Ini penting sebab dah biasa nanti tinggal korang skor jer. Sebab masa berjalan dengan pantas, tak dapat jawab korang boleh skip atau google jer masa exam nanti. So mengenai panduan exam ini adalah seperti berikut:

  •  Contoh soalan untuk kefahaman dan rujukan lengkap dan pantas
  • 40 lebih Nota ringkas untuk study last minutes
  • 40 lebih Contoh soalan Seksyen A ( sudah update versi 2017 )
  •  50 lebih Contoh soalan Seksyen B (  sudah update versi 2017)

Contoh soalan seperti berikut, contoh. Bukan semestinya ini soalan dalam exam nanti.

Baca juga topik-topik berkenaan perkara berikut:
1. Konsep pengasingan kuasa
2. Perlembagaan
3. Konsep dan contoh
4. Sistem Kabinet atau Jemaah Menteri
5. Undang-undang di Malaysia
6. Badan Perundangan
7. Kehakiman di Malaysia
8. Dasar Dalam Negara
9. Dasar Luar Negara
10. Isu Semasa

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA:

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga dikenali sebagai

A. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra
B. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
C. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah
D. Lapangan Terbang Antarabangsa Tengku Ibrahim

2. Apakah skop tugas pengawal trafik udara?

I. berhubung dengan pesawat melalui radio dan/radar;
II. memandu arah pergerakan pesawat semasa penerbangan atau di lapangan terbang;
III. mengarahkan pesawat supaya naik atau turun dan menguntukkan aras penerbangan akhir;
IV. memberikan maklumat tentang keadaan cuaca kepada pesawat;
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

3. Terdapat 3 Jenis Yang Pengawal Trafik Udara. Manakah antara berikut adalah salah?

A. Pengawal Kawasan
B. Pengawal Sua
C. Pengawal Aerodrom
D. Pengawal Lapangan

4. Apakah Visi Jabatan Penerbangan Awam Malaysia?

A. Menjadi pakar penerbangan terkemuka di dunia
B. Meningkatkan keselamatan, perlindungan dan kecekapan secara berterusan demi industri penerbangan yang mampan.
C. Menjadi Pakar Kawalan Trafik Penerbangan Antarabangsa
D. Melindungi dan mengawal nadi utama aliran negara

5. Namakan salah satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia
A. Pertandingan Bahas Kenegaraan
B. Pertandingan Debat Kenegaraan
C. Pertandingan Jabatan Kerajaan
D. Pertandingan Penjawat Awam

kawalan udara,

Nota ada contoh soalan pun juga ada disediakan.

Berminat untuk memberi panduan click disini atau banner bawah ini.

kawalan trafik udara,

Daftar email dibawah ini untuk dapatkan preview copy ebook ini

* wajib diisi.




Saya tak cukup masa zik, nak google nak baca apa pun tak tahu nih, gua blur bro! 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top