Pak ngah suhaimi meninggal dunia, alfatihah

pak ngah meninggal dunia

Sangat terkejut apabila mendengar perkahabaran seperti ini.

PETALING JAYA: Komposer lagu irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah (gambar) meninggal dunia di Batam, Indonesia kira-kira pukul 3 petang Selasa.

Berita itu disahkan oleh ahli keluarga Allahyarham yang minta tidak disiarkan namanya.

Komposer yang berusia 60 tahun itu dikatakan rebah secara tiba-tiba.

Dia bersama isterinya, Datin Sharifah Muhani dan seorang anak mereka pergi ke Batam atas urusan kerja. Keluarga Allahyarham kini dalam proses untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia bagi urusan pengebumian.

Allahyarham menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Dalam dunia hiburan, nama Pak Ngah tidak asing lagi terutama menerusi penciptaan lagu-lagu Irama Malaysia.

Dia mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai komposer dan penulis lirik pertama yang layak dalam kategori Irama Malaysia apabila tiga lagunya dipertandingkan menerusi Anugerah Juara Lagu 1999.

Lagu berkenaan ialah Hati Kama, Samrah Mentari dan Dondang Dendang yang seterusnya membolehkan dia memenangi kategori itu.

Nama Pak Ngah terus diukir selepas menerbitkan album ‘Ala Dondang’ nyanyian Noraniza Idris pada tahun 1997.

Dua tahun kemudian Pak Ngah terus meraih populariti selepas menerbitkan album Cindai nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Album itu mendapat mendapat pengiktirafan lima platinum pada tahun 2000 atas penjualan melebihi 250,000 unit.

Allahyarham juga pencipta lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, pihak pengurusan Pak Ngah Productions memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dari Batam pada pagi Rabu dan dijangka akan dikebumikan di ibu negara pada petang hari yang sama.

Dunia seni hiburan tanah air kehilangan seorang lagi komposer berbakat besar.

Hari ini Datuk Suhami Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 3 petang tadi di Batam, Indonesia.

Berita dukacita itu disahkan salah seorang penyanyi yang banyak menyampaikan lagu-lagunya, Noraniza Idris.

Memetik Noraniza Utusan Online melaporkan dia dimaklumkan mengenai pemergian Pak Ngah menerusi anak komposer berkenaan, Megat.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke tanah air esok.

Sementara itu, seorang lagi anak Pak Ngah yang dikenali dengan nama Rina enggan mengulas lanjut perkara itu.

Sebaliknya Rina meminta agar semua pihak memberi kerjasama dan ruang kepada keluarganya untuk menyelesaikan beberapa urusan berkaitan.

Pejuang lagu-lagu irama Malaysia itu terkenal dengan karya seperti Cindai, Balqis, Ya Maulai, Hati Kama dan Nirmala yang hingga kini masih mendapat tempat istimewa di hati peminat seni hiburan tempatan.

Komposer popular itu berada di sana untuk bekerja dan sepatutnya pulang ke tanah air hari ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top