Pahlawan merah-Jamal Jumpa Polis Esok!

jamal, jamal pak tongkol,

JAMAL jumpa polis esok woii!!!

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dijangka tampil memberi keterangan berhubung isu ‘kehilangannya’ kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, esok.

Menerusi satu rakaman suara yang diedarkan kepada pihak media, hari ini, Jamal berkata, beliau turut akan mengadakan sidang media berhubung perkara itu sebaik selesai memberi keterangan.

“Saya ingin memberi sidang media berhubung kemelut yang saya hadapi sekarang kononnya saya melarikan diri daripada reman, daripada kawalan polis.

“Sebenarnya perkara ini tidak berlaku, cuma sedikit salah faham seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Untuk menyelesaikan kemelut ini, esok saya akan hadir ke IPD Ampang Jaya (untuk beri keterangan),” katanya menerusi rakaman suara itu.

Jumaat lalu, Jamal dilaporkan menjadi buruan polis selepas menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri.

Beliau sebelum itu didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu, ketika menerima rawatan di hospital terbabit pada jam 10.45 pagi.

Difahamkan kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang.

Jamal dikatakan tiada di bilik wad, namun peguam dan penjaminnya masih berada di hospital berkenaan.

Peguam Jamal mendakwa beliau didapati hilang sejak jam 3 petang sebaik kesnya didengar Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin dan diberi jaminan sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, Jamal akhirnya muncul dan menghubungi pasukan peguamnya untuk menyelesaikan proses ikat jamin yang tergendala, Ahad lalu.

Peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin memaklumkan Jamal sudah menghubunginya dan memaklumkan sedia memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menyempurnakan proses berkenaan.

Jamal mendakwa pada petang hari kejadian, beliau bergegas keluar dari hospital selepas selesai proses `discharge’ (keluar wad) untuk mengejar urusan waktu pejabat yang lain.

Pada ketika itu, beliau beranggapan proses ikat jamin sudah selesai dan sempurna.

-Berita Harian

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top