Pahang terajui kembali liga super perlawanan kedua 2019

LOGO LIGA SUPER, liga super, liga super rasmi,

Sehari sahaja jdt ke tangga pertama, Pasukan dengan Jolokan Tok Gajah , iaituPahang kembali menguasai tangga teratas Liga Super selepas menang bergaya 3-0 ke atas pasukan jiran, Terengganu FC pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.

Pahang berkongsi enam mata dengan Johor Darul Ta’zim, namun berada di tangga teratas menerusi perbezaan jaringan.

Dickson Pencetus Kerakusan Tok Gajah. 

Pada aksi di Kuantan, skuad Tok Gajah meraih jaringan menerusi Dickson Nwakaeme pada minit ke-13, Darryl Herold Goulon (minit ke-51) dan bekas pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada penghujung perlawanan minit ke 89. Assist dari Dickson.

MELAKA pun intai tempat pertama. 

Melaka pula merekodkan kemenangan kedua berturut-turut selepas mengatasi PKNS FC 1-0 di Stadium Shah Alam, hasil jaringan penalti Safiq Rahim pada minit ke-24.

Dalam pada itu, pendatang baharu, Petaling Jaya City FC (PJ City FC) gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah terikat 1-1 menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Belum ada kemenangan dicatatkan untuk pasukan ini.

PJ City FC terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Pedro Henrique pada minit ke-79, sebelum Rufino Segovia del Burgo menyamakan kedudukan untuk Selangor, juga hasil sepakan penalti pada minit ke-90.

Liga perdana. 

Dalam saingan Liga Premier, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas menang tipis 2-1 ke atas UKM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru.

Dua gol skuad Harimau Selatan dijaringkan Mohammed Ghaddar pada minit ke-18 dan S. Kumaahran pada minit ke-54, manakala UKM FC meraih gol sagu hati menerusi K. Reuben pada minit ke-45.

Sarawak pula meraih kemenangan sulung pada musim ini setelah menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching, hasil jaringan Bobby Gonzales pada minit ke-63 dan 84.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri setelah seri 1-1 berdepan Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-44 menerusi percubaan menarik pemain import dari Jepun, Shunsuke Nakatake, sebelum Lee Chang-hoon menyamakan kedudukan untuk PDRM pada minit ke-47 menerusi sepakan penalti.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top