Nonny af5 didakwa isteri ketiga datuk Red? biar betik??

datuk red dan nonni

Noni (bekas pelajar AF) nafi bercinta dengan Datuk Red (laki Adira, juga ex pelajar AF).

Menurut Noni:

I don’t like cheap publicity!! Get a life dude!! sy baru je dlm industri nie kan hmmm.. baru 11tahun gais..? udeh2 lettew.. Hentikanlah gosip2 liar sebegini..?sy penatlah.. I luv my friends,my family,my fans & my cinta hati..?? I RESPECT them.. so stop for being childish! Orang2 penting dlm hidup sy nie semua tau segala kebaikan & kejahatan sy.. sy bukan malaikat tapi kita nie makin hari makin tua bukan makin muda..kita belajar dari kesilapan utk menjadi org yg lebih baik.. mintak duit awk? menjalin cinta dgn awk? Jumpa pun x pernah.. lagi apa mau cerita?.. So funny!! Are U happy now?.. TQ for jeopardize my reputation! Hanya Allah yg dpt membalas segala jasa awk wahai Hamba Allah si polan bin si polan.. Peace mwah!!??? . Big applause ?????? 

Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah telah didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali Datuk Red. 

Kontroversi ini melanda apabila Datuk Red mengakui menjalin hubungan rapat dengan seorang pelakon wanita yang dikenali sebagai ‘N’, petik MH.

Sementara itu, Nonny yang ditemubual sanggup bersumpah bahawa dia dan Datuk Red tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa mahupun bercinta.

Tambah Nonny dia juga tidak pernah berhubung atau bertemu dengan ahli perniagaan itu.
“Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red).

“Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat,” kata Nonny kepada sebuah portal online.

Terdahulu, menurut Datuk Red, dia mengakui mengenali ‘N’ itu dan pernah menjalin hubungan istimewa dengannya, namun hubungan yang terjalin sejak beberapa bulan lalu itu sudah berakhir selepas ia dihidu Adira.

READ
Biodata Dai Syed (Syed Iqmal)

Menurut gadis berusia 28 tahun itu lagi dia juga terkejut apabila pihak pengurusannya memberitahu tentang pengakuan Adnan dan namanya disebut-sebut sebagai individu yang dimaksudkan itu.

“Perkara ini saya dapat tahu pun dua hari lalu dan agak terkejut juga tiba-tiba pengurus hantar keratan akhbar tentang pengakuan dia tu.
Kata Nonny lagi, dia tidak mahu memberikan kenyataan lanjut kerana apa didakwa Adnan itu tidak benar.

“Saya tidak mahu memberi kenyataan lebih-lebih sebab semua yang dikatakan itu tidak benar,” ujarnya.

Tambah Nonny dia juga menghormati perasaan dua isteri Adnan, keluarga dan bakal mentuanya dan berharap agar isu ini tidak dipanjangkan lagi.

Di samping itu, dia juga telah pun mempunyai teman lelaki dan merancang untuk ke arah fasa perkahwinan.Lebih-lebih lagi percintaan mereka sudah pun memasuki tahun yang kelapan.

“Kalau boleh saya tak mahu panjangkan perkara ini sebab hormat isteri Adnan termasuk Adira, keluarga saya dan keluarga bakal mentua.

“Saya tidak mahu disebabkan perkara ini hubungan saya dan teman lelaki berantakan,” katanya.

Dalam pada itu, Nonny juga berharap agar hentikan menyebar segala fitnah terhadap dirinya dengan Datuk Red.

“Saya harap semua orang berhenti sebarkan benda yang tidak betul. Kalau nak buat gosip pasal kerjaya saya tak kisah.

Nonny juga merupakan bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) dan pelakon drama Isteri Luar Biasa.

Terdahulu,Ruhainies juga pernah dikaitkan apabila tersebarnya video Datuk Red merangkul pinggangnya ketika menaiki eskalator sebuah pusat beli belah tersebar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: